in

Astro Kasih Cipta Rekod di Malaysia Book of Records

Astro Kasih catat “Malaysia Book of Records” Penanaman terumbu karang yang terbesar di Malaysia

Semalam telah berlangsung pelancaran Projek Beautiful Malaysia – Penanaman Terumbu Karang Terbesar di Jeti Pelancongan Semporna, Sabah. Budiey, sebagai wakil blogger turut sama dijemput untuk membuat liputan event ini bersama dengan beberapa media yang lain. Terima kasih buat Astro yang memberi peluang dan menaja Budiey.com untuk hadir di majlis ini.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Terbang dari LCCT Sepang ke Tawau pada 14 Oktober lalu bersama dengan serombongan artis yang bakal buat persembahan. Antaranya, Stacy, Adira, Bob dan Mawi.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Adira tampil dengan serba oren

Tahniah buat Astro yang telah berjaya mencatatkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari.

Projek Beautiful Malaysia ini bertujuan untuk menyahut matlamat Kementerian Pelancongan Malaysia bagi memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan. Astro melalui projek Astro Kasih telah melakar sejarah tersendiri dengan menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 50 orang penyelam termasuklah 25 orang daripadanya adalah kakitangan Astro berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari sahaja. Tahniah buat Astro & Astro Kasih.

Bagi menyahut matlamat Kementerian Pelancongan Malaysia untuk memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di destinasi-destinasi pelancongan menarik negara, Astro menerusi teras alam sekitar program tanggungjawab korporatnya, Astro Kasih telah melakar sejarah tersendiri dengan menempa nama dalam “Malaysia Book of Records” apabila berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari melalui projek “Beautiful Malaysia”.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Membawa kempen “1Malaysia Green, 1Malaysia Clean” yang dilaungkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, seramai 50 orang penyelam dari dalam dan luar negara termasuk 25 kakitangan Astro telah mencipta rekod baru dengan menanam sebanyak 777 karang individu (individual coral) dalam sehari di Ribbon Reef, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah mengatasi rekod lama penanaman 501 karang pada tahun lalu.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Yang berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia

Menteri Pelancongan Malaysia; Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen turut hadir menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini bersama-sama Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, dan Encik Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Kewangan Astro.

Yang berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia berkata, “Tahniah kepada Astro kerana bukan sahaja mensasarkan untuk menjadi salah satu kumpulan media bersepadu yang utama di rantau ini, malah mempunyai misi untuk menjadi sebuah badan korporat yang prihatin. Menerusi 152 saluran dengan 38 saluran tempatan, Astro mempunyai kemampuan untuk sama-sama membantu mempromosikan banyak destinasi menarik di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, melalui saluran Astro juga keindahan alam semulajadi, kekayaan budaya berbilang kaum serta kepelbagaian etnik yang wujud di negara ini terutamanya di negeri Sabah juga dapat dipertontonkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Projek penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia yang dilaksanakan pada hari ini juga turut membantu Kementerian Pelancongan serta lain-lain Kementerian yang berkaitan untuk menggalakkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan rakyat di negara ini. Usaha ini secara tidak langsung telah membantu Kementerian Pelancongan mencapai visi untuk membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.”

Ketua Pegawai Kewangan Astro, Encik Ahmad Fuaad berkata berkata, “Menyahut seruan kerajaan dan menyedari bahawa bidang pelancongan membantu menjana sebahagian besar dari ekonomi negara, kami ingin terlibat secara langsung dalam menjaga khazanah alam semula jadi. Hasrat kami iaitu untuk menzahirkan rasa cinta dan kesedaran tentang kepentingan keindahan dan kebersihan alam sekitar kepada orang ramai yang sekaligus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records merupakan kenangan manis buat kami semua.”

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Majlis petang semalam dihoskan oleh Jimmy Shanley

Untuk melaksanakan projek penanaman terumbu karang terbesar ini, Astro telah menyemai serpihan karang di underwater nursery yang telah dibina semenjak bulan Ogos yang lalu. Astro turut diberi peluang untuk bertanggungjawab dalam memastikan dua kawanan anak-anak penyu dilepaskan ke laut dengan selamat untuk mengharungi gelora laut dalam dan terus hidup bagi menyambung ekosistem lautan.

Selain berbudi kepada bumi, pihak Astro turut menyumbangkan sebuah televisyen LCD 32’’, sebuah Beyond PVR beserta 17 saluran Astro bagi memperkaya sumber pembelajaran murid-murid di Sekolah Kebangsaan Selakan, Semporna.

Astro Kasih menyampaikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui empat teras utama iaitu sukan dan kehidupan yang sihat, melahirkan nilai melalui pembelajaran yang berterusan, melaksanakan inisiatif kebajikan untuk kakitangan ke arah keharmonian masyarakat dan memajukan ketahanan alam sekitar. Oleh itu, sejak penubuhan Astro Kasih iaitu program khidmat masyarakat untuk kakitangan Astro, kurang dua tahun yang lalu, lebih daripada 480 kerja-kerja amal telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan lebih 3000 kakitangan Astro di seluruh negara.

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah\

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Sundait Sabah Di TV2

Imej Seksi Chomell Fana dalam Carta Blockbuster