in ,

Berat Badan Turun & Alami Gangguan Pelik, Sherry Ibrahim Disihir?

Sebelum ini tular mengenai fizikal pelakon Sherry Ibrahim yang dikatakan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit, Sherry bagaimanapun menafikan perkara itu.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Sherry berkata pada awalnya dia sangkakan berat badannya turun kerana gaya hidupnya yang aktif serta menjaga pemakanan.

“Mula-mula memang saya jaga pemakanan, saya aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan tapi sekarang ramai yang ambil berat dan ada yang anggap saya tak sihat.

“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tak ada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya.

Sementara itu, pelakon itu ditanya adakah berat badannya menyusut angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui dia telah ikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.

Saya rasa saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin saya ada hubungan yang baik dengan semua orang. Tapi kadang-kadang dalam hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.

“Alhamdulillah saya dah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya dah ikhtiar. Lama juga (ikhtiar). Insya-Allah, apa pun kita kena berserah.

“Ini semua keizinan Allah, saya sedar, saya reda dan ikhtiar. Bila saya dapat maklum balas mengenai itu, saya sedar saya kena ikhtiar dengan cara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry turut mengatakan ada gangguan aneh sehingga membuatkan dia tidak mahu berjumpa dengan orang.

“Saya tak pernah ada musuh, reputasi saya dalam industri pun tak ada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini

“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, Perkara begini tak boleh main-main. Allah lebih berkuasa., katanya.

Sherr berkata dia kini dalam proses pemulihan dan apa yang berlaku membuatkan dirinya seorang yang penyabar serta reda di atas apa yang terjadi.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Setiap yang terjadi adalah satu perkara yang Allah nak kita buka mata. Ia buat saya lebih penyabar.

“Dah okey, saya harap saya tak diganggu, saya berhak dapat kebahagiaan saya. Saya tak pernah mendoakan pada sesiapa benda yang tak baik. Saya suka tengok orang bahagia. Saya juga tak minta empati dan simpati, Apa yang dah jadi itu dah terjadi, saya reda. Saya hormat setiap orang yang mengenali saya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nyanyi Lagu Kisah Rasulullah Imej Nadeera Ala Cleopatra Dipertikai

Nasi Kukus Anak Melayu Pertama di Bukit Bintang Lantik Jaafar Onn Jadi Duta