in ,

Mira Filzah Tak Paksa Netizen Tengok Video, Kalau Meluat Tak Payah Tonton

Setelah berkahwin dengan pilihan hati, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau Mira Filzah kembali rajin mencipta kandungan di laman sosial YouTube sejak sebulan yang lalu.

Rancangan yang diberi nama #EmirAmirah itu dikhaskan untuk dia berkongsi aktiviti harian bersama suaminya, Wan Emir Astar atau dikenali sebagai Emir, 30.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun itu kini lebih bersemangat untuk memuat naik video di YouTube berbanding sewaktu dia masih bujang dahulu.

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat.

“Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas.

“Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.

– Mira Filzah

Walau bagaimanapun, pasangan itu tetap tidak terlepas daripada komen sinis warganet termasuklah ada yang meluat dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini.

Namun, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menganggap hal itu perkara yang biasa dan dia menyarankan warganet untuk abaikan sahaja video mereka jika tidak berkenan.

“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah. 

“Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik,”

– Mira Filzah

Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga bersama Emir yang juga merupakan peminatnya pada tanggal 3 September lalu.

Selain itu, dia juga baru menerima anugerah kategori Nona Influencer Award serta tersenarai dalam 100 wanita tercantik Asia oleh media bebas antarabangsa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Terjawab Rahsia Sebalik Lagu TAMAN RASHIDAH UTAMA Yang Ditulis oleh Bob Lokman

Illi Najwa Nafi Murtad, Akui Suami Dah Peluk Islam Tahun Lalu