in

Ulasan Iklan Raya Aidilfitri MAMEE Lakonan Zizan Razak

“Kasih Ibu dibawa ke syurga, Kasih Bapa dibawa sepanjang hayat”. Inilah yang cuba disampaikan melalui iklan raya yang dibawakan oleh MAMEE. Penggambaran iklan yang beedurasi selama 8 minit ini dilakukan di sekitar kawasan Sekinchan, Selangor bagi menimbulkan persekitaran kampung yang tenang.

[dropcap]B[/dropcap]uat pertama kali nya MAMEE Double-Decker (M) Sdn Bhd menampilkan ketiga-tiga duta jenama MAMEE Chef & MAMEE Monster iaitu Zizan Razak, Dato Chef ismail dan Nora Danish bergandingan di dalam iklan raya ini.

Mamee Raya Ads

[pullquote align=”right”]Tema yang dibawa dalam iklan ini cukup mudah difahami oleh setiap lapisan umur.[/pullquote]

Anda bolehlah ke laman YouTube MAMEE Chef di alamat atau di laman facebook MAMEE Chef di alamat www.facebook.com/mymameechef

Menurut Pengurus Pemasaran MAMEE Double-Decker (M) Sdn Bhd, Mohammad Fadli Mohammed Hafetz, “Inilah antara usaha MAMEE untuk menerapkan semangat kekeluargaan di antara hubungan ibu bapa dan anak-anak. Selain itu pihak MAMEE amat berbangga kerana dapat menggabungkan 3 nama besar dalam satu iklan yang sungguh bermakna ini.

Iklan ini mengisahkan tentang tiga beranak yang hidup bahagia ketika di zaman kanak-kanak. Apabila usia meningkat dewasa, masing-masing membawa diri ke bandar untuk mencari rezeki meninggalkan bapa (Dato’ Chef Ismail) keseorangan di kampung halaman. Anak lelaki yang dilakonkan oleh Zizan Razak merupakan seorang pengacara televisyen dan anak perempuannya, Nora (Nora Danish) merupakan seorang jurugambar yang berjaya.

Sewaktu raya menjelang, si bapa menelefon anak-anaknya untuk bertanyakan khabar dan inginkan kepastian samada mereka akan pulang ke kampung. Ini kerana bagi kebanyakan masyarakat Melayu, raya pertama amatlah penting bagi sesebuah keluarga untuk berkumpul bersama. Ini bagi menerapkan hubungan erat antara ahli keluarga.

Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, Zizan dan Nora memberi alasan bahawa mereka tidak dapat pulang ke kampung pada hari raya. Ini menimbulkan rasa sedih si bapa yang sudah memang keseorangan di kampung halaman.

Ketika Zizan ingin pulang ke rumah selepas selesai penggambaran program, rakannya mempelawa untuk berbuka puasa dengan produk mi segera MAMEE Chef berperisa Kari Laksa yang disertakan bersama tauhu kering. Ini membuatkan Zizan teringat kembali kenangan di zaman mudanya di mana bapanya sering memasak mi kari yang diletak bersama tauhu.

Seperti Nora juga, ketika beliau ingin berbuka puasa, beliau menemui sampul tangan yang mengingatkan kembali di zaman mudanya di mana bapanya menggunakan sampul tangan yang sama untuk mengubati luka ketika Nora dan Zizan berkelahi ketika bermain bersama. Antara peringatan yang diterapkan oleh bapanya kepada kedua-dua anaknya ialah, “Apa yang Ayah buatkan ini adalah dengan penuh kasih sayang, walaupun Zizan/Nora berada di mana-mana, Zizan/Nora akan ingat Ayah”.

Jika ingin menyaksikan video penuh iklan raya ini, anda bolehlah ke laman YouTube MAMEE Chef atau di laman facebook MAMEE Chef di alamat https://www.facebook.com/mymameechef

Mamee Raya Ads

Mamee Raya Ads

Mamee Raya Ads

Mamee Raya Ads

Mamee Raya Ads

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Tampil Dengan Album Raya RAYA SURIA

Senangnya Shopping Online Di Tesco E-Shop