in

Suria FM Tampil Dengan Album Raya RAYA SURIA

[dropcap]K[/dropcap]emeriahan menjelang lebaran pasti tercetus dengan pelbagai pilihan lagu raya. Dari yang lama mahupun yang baru, kini lagu-lagu raya sedang rancak berkemundang mengiringi Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.

Suria FM tidak ketinggalan dalam menghasilkan sebuah album raya hasil kolaborasi bersama dengan syarikat rakaman Life Records iaitu Raya Suria. Album CD & VCD Karaoke Raya Suria ini mengandungi 14 lagu-lagu raya sepanjang zaman dengan menampilkan satu lagu raya istimewa dendangan para penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, Bon Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak yang bertajuk Aidilfitri.

PENYAMPAI SURIA FM_1

[pullquote align=”right”]Lagu nyanyian para penyampai Suria FM ini merupakan sebuah lagu raya tahun 70-an ciptaan Din Osman dan dinyayikan oleh Fatimah Razak, M. Daud, Zalifah Ibrahin dan Salamiah Hassan.[/pullquote]

Menariknya lagu Aidilfitri ini, ia telah diberikan nafas baru dengan susunan muzik yang lebih segar untuk didendangkan oleh para penyampai Suria FM. Segala proses rakaman dilakukan di Suria FM namun proses penerbitan lagu dijalankan di Singapura. Diedarkan oleh Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records), ia mula berada di pasaran pada 29 Julai 2013 dengan harga RM25.90.

Selain lagu raya penyampai-penyampai Suria FM, terdapat juga VCD Karaoke menampilkan penyanyi asal lagu-lagu raya popular seperti S. Jibeng, Khairil Johari Johar, Rahimah Rahim, Black Dog Bone dan Hilal Chik.

Jadi buat semua pendengar dan peminat Suria FM, jika anda mahu mendengar suara nyanyian Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, Bon Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak, anda boleh dapatkan album Raya Suria di pasaran. Di samping itu, anda juga boleh dengarkan lagu raya Aidilfitri ini di Suria FM. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

PENYAMPAI SURIA FM_2

Poster album raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar 5 Malam 4 Hari Rambut Raya TV9

Ulasan Iklan Raya Aidilfitri MAMEE Lakonan Zizan Razak