in , ,

Pencarian Bakat Nyanyian Di Sri Pentas TV3, Pada Hari Sabtu & Ahad Ini

Terbaharu, TV3 bakal memperkenalkan sebuah rancangan realiti nyanyian baharu, #playlistAJL pada bulan Ogos nanti.

Ia merupakan sebuah rancangan dengan konsep baharu yang bakal membuka peluang baharu kepada mereka yang ingin mengetengahkan bakat dan melebarkan sayap di industri hiburan. Sudah pastinya rancangan ini bakal menjadi rancangan hiburan kegemaran rakyat Malaysia. 

Jika anda seorang yang berbakat dalam nyanyian dan bercita-cita mahu menjadi seorang penghibur yang versatil, jangan ketinggalan untuk hadir ke sesi uji bakat pada hujung minggu ini! 

Poster Uji Bakat

Penyertaan program nyanyian terbaharu ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun serta berkebolehan untuk bernyanyi dalam pelbagai genre muzik. Kami hanya menerima penyertaan secara solo.

Anda dialu-alukan untuk hadir ke sesi uji bakat yang bakal berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2022, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sila bawa kad pengenalan, gambar terkini dan ‘minus one’ ketika hadir ke sesi uji bakat. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #playlistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ijam Majid Lancar Single TAK MUNGKIN KEMBALI Ciptaan Mr Lycon

Karnival Jom Heboh 2022 Putrajaya Disambut Meriah Lebih 300,000 Pengunjung