in , ,

Sinopsis Filem 7 MINGGU SEBELUM KAHWIN Lakonan Nora Danish & MK

Tarikh Istimewa 7.7.2022 Menjadi Pilihan Sebagai Tarikh Mula Tayangan Filem 7 MINGGU SEBELUM KAHWIN

Sejak 2 tahun yang lalu, semakin banyak filem yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan menggunakan platform Astro First sebagai platform pertama tayangan. Selain dari penjimatan kos dari sudut caj duti hiburan, pengiklanan dan pengedaran, trend sambutan penonton di Astro First juga adalah memberansangkan sekaligus menjadi alternatif yang baik bagi penerbit selain dari tayangan di pawagam.

Berdasarkan faktor-faktor strategik tersebut, KRU Studios dan Bloombordia telah memilih platform Astro First sebagai platform pertama tayangan bagi filem terbitan bersama mereka berjudul “7 Minggu Sebelum Kahwin” yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480, dipawagam rumah anda pada 7hb Julai 2022. 

“7 Minggu Sebelum Kahwin” adalah filem romantik komedi arahan Eyra Rahman menampilkan barisan para pelakon popular seperti Nora Danish (Syifa), MK K-Clique (Amar), Alya Iman (Natasha), Vanessa Reynauld (Ana), Ropie (Rafi), Yassin (Kyle), Sham Visa (Anuar Riza) dan Azizah Mahzan (Nenek).

“Selepas melalui tempoh pandemik, KRU Studios kini sedang didalam proses memulakan semula aktiviti penerbitan filem dengan mengeluarkan 4 filem terbitan bersama (termasuk “7 Minggu Sebelum Kahwin”) dengan beberapa penerbit pada tahun ini. Berdasarkan kajian kami khususnya bagi pengedaran filem secara ‘Transactional Video On Demand’ atau ‘Pay Per View’ melalui platform digital di Amerika Syarikat, trend langganan di Astro First sebenarnya adalah mengikut aliran semasa dipersada antarabangsa. Namun, KRU Studios akan tetap mengeluarkan filem di pawagam mulai 2023 bagi genre-genre filem animasi dan aksi.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.    

“7 Minggu Sebelum Kahwin” mengisahkan mengenai Syifa (Nora Danish) yang  mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar (MK K-Clique) di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’. Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka.  

Menurut Datin Natasha Charmaine selaku Penerbit Eksekutif Bloombordia “Saya amat berpuashati dengan hasil kerja Eyra dan kesemua pelakon yang telah memberikan persembahan terbaik didalam filem pertama terbitan bersama Bloombordia dan KRU Studios. Saya berharap para penonton juga akan terhibur dengan keunikan penceritaan filem ini dan mendalami mesej-mesej yang tersirat.”  

“7 Minggu Sebelum Kahwin” turut menampilkan lagu tema berjudul “Petanda” nyanyian Dian Hashim, artis naungan KRU Music. Lagu tema ini kini boleh distrim di kesemua platform digital sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube.

SINOPSIS Filem 7 MINGGU SEBELUM KAHWIN

Syifa(Nora Danish) mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar (MK K-Clique) di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’. 

Namun, pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar. Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas. Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi (Ropie), kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle (Yassin) telah diubah oleh nenek Amar (Azizah Mahzan). Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. 

Kemunculan Natasha (Alya Iman), bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamaact | 17

Kenapa Tak Tegur Bila PM Pakai Batik Keluaran Tempatan?

Ijam Majid | 18

Ijam Majid Lancar Single TAK MUNGKIN KEMBALI Ciptaan Mr Lycon