in , ,

Iedil Dzuhrie Alaudin Sertai Pelakon Filem Netflix Baharu BORDERLESS FOG (WT)

Tahniah buat Iedil Dzuhrie Alaudin yang telah terpilih untuk berlakon dalam sebuah filem Netflix Borderless Fog (WT)!

Pelakon yang sedang meningkat naik di rantau ini, Iedil Dzuhrie Alaudin memulakan kerjaya lakonannya pada usia 10 tahun dan telah terlibat dalam produksi tempatan mahupun antarabangsa sejak dua dekad lalu. 

Di layar perak, Iedil Dzuhrie Alaudin telah membintangi filem yang mendapat pujian seperti Interchange, Crossroads: One Two Jaga, dan terbaru, box office hit The Assistant. 

Borderless Fog_Casts and Creators

Iedil Dzuhrie Alaudin juga akan muncul dalam produksi Singapura-Malaysia yang akan datang La Luna dan Malbatt: Misi Bakara, sebuah filem aksi ketenteraan berdasarkan misi Black Hawk Down 1993.

Diterbitkan oleh Palari Films, projek itu akan diterajui oleh pengarah terkenal Edwin dan turut dibintangi oleh pelakon terkenal Indonesia Putri Marino (The Big 4), Yoga Pratama (Marlina The Murderer in Four Acts), Lukman Sardi (Photocopier, 27 Steps of May), Yudi Ahmad Tajudin (Vengeance is Mine, All Others Pay Cash), Yusuf Mahardika (Autobiography), Kiki Narendra (Impetigore), dan Siti Fauziah (Tilik).

Borderless Fog_Iedil Dzuhrie Alaudin

Borderless Fog (WT) sedang dalam pengeluaran.

Perihal Borderless Fog (WT)

Format: Filem

Syarikat Perkhidmatan Produksi: Palari Films

Producers: Meiske Taurisia, Muhammad Zaidy

Pengarah: Edwin

Pelakon: Putri Marino, Yoga Pratama, Lukman Sardi, Yudi Ahmad Tajudin, Yusuf Mahardika, Iedil Dzuhrie Alaudin, Kiki Narendra, Siti Fauziah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy Space Kini Dibuka Untuk Anda! Let’s Play, Cuba & Enjoy!

Polis Sudah Ambil Keterangan Shuhada, Akan Panggil Hafidz Roshdi