in

Polis Sudah Ambil Keterangan Shuhada, Akan Panggil Hafidz Roshdi

Susulan kes isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi kelmarin, pihak polis sudah mengambil keterangan mangsa.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk memberi keterangan hari ini.

“Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, isteri kepada pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta di R&R di sekitar Sungai Buloh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iedil

Iedil Dzuhrie Alaudin Sertai Pelakon Filem Netflix Baharu BORDERLESS FOG (WT)

AERIL ZAFREL WAWA ZAINAL

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night