in

I Know What U Did Last Deepavali

I Know What U Did Last Deepavali Isi Slot Spice Of India Di TV2

Bagi anda peminat filem bergenre seram yang telah pun menyaksikan filem I Know What U Did Last Summer dan kemudiannya I Know What U Did Last Raya, usah ketinggalan juga meluangkan masa menyaksikan I Know What U Did Last Deepavali yang bakal menemui penonton setia slot Spice Of India pada 4 Disember 2011, jam 2.00 petang di TV2.

Menariknya, filem Tamil yang disiarkan sekitar tahun 2010 ini menyaksikan watak utamanya dibintangi pelakon Melayu berketurunan anak mami yang dikenali sebagai Raja Ilya selain dibintangi oleh Haridhass, Sangeeta, Mathan, Logita, Mahen, Sasi dan Logan.

antara babak mendebarkan

Filem ini mengetengahkan plot cerita berlaku dalam diri lima watak utama yang bekerja dalam bidang profesional dikenali sebagai Ram, Ajay, Divya, Ericka dan Pooja tinggal di ibukota Kuala Lumpur. Divya, Ericka dan Pooja bekerja sebagai pramugari manakala Ram dan Ajay adalah ahli perniagaan yang sibuk yang beroperasi Richfield mengusahakan perniagaan restoran dan pub di dua tempat, Kuala Lumpur dan sebuah lagi di kawasan percutian Port Dickson.

Kelima-limanya kemudian merancang untuk bercuti dan kemudiannya destinasi pantai Port Dickson menjadi pilihan mereka. Percutian dan kegembiraan mereka tidak lama apabila episod balas dendam berlaku. Masing-masing ketakutan kerana diburu perasaan bersalah atas kejadian malang yang pernah berlaku pada tahun sebelumnya. Namun rahsia itu hanya diketahui mereka berlima sahaja.

Ketika itu setiap orang membuat bersumpah tidak akan bercakap lagi sehinggalah tanpa disangka mereka kemudiannya menerima ancaman yang menakutkan daripada seseorang.

Plot mendebarkan apabila mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada Ram, Ajay, Divya dan Ericka berpesta di pantai pada malam Deepavali. Ram dan Ericka merupakan pasangan kekasih begitu juga dengan Ajay dan Divya. Mereka bersama-sama berseronok di kelab pantai yang dimiliki oleh Ram dan Ajay sehinggalah secara tiba-tiba muncul seorang pemuda yang tidak dikenali datang mengkucar-kacirkan parti mereka.

Pemuda yang tidak dikenali itu tertarik kepada Divya dan berjalan ke arahnya sambil mula menggoda Divya. Situasi itu membuatkan Ram dan Ajay marah dan mula menyerangnya. Lalu ketika itu masing-masing mula serang-menyerang. Ketika bergelut berlaku sup yang betul-betul sedang mendidih dibawa seorang pelayan tertumpah ke arah pemuda asing itu. Dia kemudiannya rebah dan tidak bergerak. Namun mereka dapat mengamati identitinya berdasarkan tatu di tangannya. Kejadiannya itu kemudiannya dirahsiakan daripada pengetahun semua.

Setahun kemudian, menjelang perayaaan Deepavali, Ram dan Ajay memutuskan untuk meninjau cawangan mereka di Port Dickson. Divya, Ericka dan Pooja juga memutuskan untuk mengikuti mereka untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

Semasa berseronok itulah bencana bermula apabila mereka menerima ancaman menakutkan. Mereka mengesyaki bahawa semua perkara-perkara pelik berlaku kerana kejadian sebelumnya. Mereka berdepan situasi yang amat seram dan pada masa sama mereka cuba untuk melarikan diri daripada lelaki misteri itu.

babak mencemaskan

pelakon utama

Raja Ilya ... pegang watak utama dalam I Know What U Did last Deepavali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Countdown to 2012 with AirAsiaRedTix.com

Increased PSC for AirAsia International Flights