in ,

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA Musim 3 Kembali Dengan 10 Episod Baharu

Selesai sudah 11 episod I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSYVMY3) dengan episod raya yang menampilkan Ramlah Ram sebagai artis jemputan. Kini, ICSYVMY3 bahagian kedua hadir untuk memeriahkan hari anda! Hujung minggu anda pasti lebih menarik dengan episod-episod baharu yang lebih kelakar dan penuh dengan idea luar biasa daripada hos dan panel penyiasat tetap.

Program ICSYVMY3 mula mencipta fenomena apabila menerima hampir 3000 peserta di sesi uji bakat dan seterusnya berjaya mencecah jumlah penonton tertinggi iaitu 4.7 juta penonton (secara purata untuk 11 episod sebelum ini) berbanding musim-musim lalu. Sepanjang sesi rakaman episod-episod baharu ICSYVMY3 bahagian kedua ini, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang akan disiarkan bermula pada 21 Jun 2020, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi  di www.tonton.com.my

HOST - SHUK _ SEAN

Keserasian panel penyiasat tetap ICSYVMY3 iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam semakin terserlah dalam episod-episod yang akan datang.

Anda pasti teruja menanti episod-episod baharu dalam ICSYVMY3 bahagian kedua ini kerana ramai selebriti dan penyanyi berbakat yang akan menyertai panel penyiasat tetap menganalisis siapakah penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi sebenar.

JIHAN MUSE

Episod 12 yang bakal bersiaran pada hari Ahad ini (21 Jun 2020) menampilkan Naim Daniel, pemenang Anugerah Juara Lagu 34 sebagai artis jemputan. Turut serta sebagai panel penyiasat jemputan adalah Fara Fauzana dan Ungku Hariz. Dengar nama selebriti-selebriti ini sahaja sudah boleh terbayang betapa meriahnya episod itu nanti. 

Antara penyanyi popular yang menjadi artis jemputan ICSYVMY3 ialah Zizi Kirana, Neeta iamNeeta, Ara Johari, Ronnie Hussein, Amy Mastura, Marsha Milan, Akim Ahmad, Noraniza Idris dan Datuk Nash. 

YUSRY ADBUL HALIM

Tidak lupa juga barisan selebriti popular yang diundang sebagai penyiasat jemputan suara sumbang pada setiap episod iaitu Ungku Ismail, Siti Saleha, Fizo OmarBalkisyh Khan, Fad Bocey, Naqiu, pengarah drama ‘Mak Cun’ iaitu Eirma Fatima, Ayie Floor 88Maya Karin, Amyza Aznan, pasangan kekasih romantis iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina, Azhan RaniAriff BahranAtu ZeroLisa Surihani, dan pasangan merpati dua sejoli iaitu Siti Sarah dan suaminya Shuib.

ICSYVMY3 bahagian kedua ini turut memperkenalkan elemen baharu di pusingan ketiga. Setiap episod, 6 penyanyi misteri akan diperkenalkan. Artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang telah dikenal pasti sebagai penyamar bersuara sumbang di setiap pusingan. 

Pertama             6 penyanyi misteri diberikan 2 identiti iaitu penyanyi sebenar dan penyamar yang mengandungi bayangan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyamar. 1 penyanyi misteri akan disingkirkan dalam pusingan pertama. 
Kedua             5 penyanyi misteri akan melakukan persembahan secara lip sync. 2 suara berbeza akan diperdengarkan iaitu nyanyian yang merdu dan sumbang menerusi persembahan ini. Artis jemputan perlu mengenal pasti dan menyingkirkan 2 penyanyi misteri di dalam pusingan ini. 
Ketiga             Sebuah video berkenaan setiap 3 penyanyi misteri yang tinggal akan ditayangkan untuk meyakinkan bahawa mereka ialah penyanyi sebenar. Sekiranya penyanyi misteri tersebut ialah seorang penyanyi sebenar, maklumat di dalam video tersebut adalah benar. Manakala sekiranya penyanyi misteri tersebut ialah seorang penyamar, maklumat di dalam video itu adalah rekaan semata-mata. Artis jemputan perlu mengenal pasti siapakah penyamar berdasarkan tayangan video tersebut dan menyingkirkan 1 penyanyi misteri.
Keempat             Artis jemputan perlu memilih pasangan duetnya antara 2 penyanyi misteri di pusingan penentuan ini. Beliau boleh merujuk kepada pendapat panel penyiasat suara sumbang.

Di penghujung program, sekiranya penyanyi misteri itu seorang penyamar bersuara sumbang, beliau akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RIBU).

Fara Fauzana (2)

Jikalau beliau ialah penyanyi sebenar, penyanyi misteri tersebut akan merebut peluang bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebenar yang lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone serta layak untuk merakamkan sebuah single.

Untuk bahagian 1, Mohd Harith Danial dari episod Siti Nordiana telah diumumkan sebagai pemenang utama dengan penilaian barisan juri profesional (60% markah) dan undian atas talian oleh orang ramai (40%) yang berlangsung pada 31 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020. 

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, “Kekal Aktif, Kekal Berinternet” sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, “Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda” sebagai penaja bersama. 

Ungku Hariz _ Jihan Muse

Disokong oleh Hot FM sebagairadio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem TOWN MALL Inspirasi Dari Kisah Benar Ditayangkan di Astro First

Drama Dialek Pahang & Perak, MADU & HERI BOTA Curi Hati Penonton