in , ,

Filem TOWN MALL Inspirasi Dari Kisah Benar Ditayangkan di Astro First

Sebuah Novel Seram Popular Kini Diadaptasi ke Filem.

Bangunan terbengkalai sering dikaitkan dengan kisah misteri dan mistik. Bagi pengikut cerita seram, pasti tahu kisah-kisah popular dan legenda di Malaysia yang mampu membuat bulu roma meremang. Terbaru, filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima.

Filem terbitan Enuja Production ini awalnya dijadualkan untuk tayangan pawagam pada 26 Mac lalu, namun kini, Astro Shaw dengan sukacitanya membawa terus ke pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First (480) mulai 25 Jun 2020.

Filem Town Mall

Pembikinan filem Town Mall yang mengambil masa 25 hari penggambaran ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

Lebih mengujakan, ini merupakan naskhah pertama Datuk Seri Eizlan Yusof yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem.

Manakala Penerbit dari Produksi Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail menzahirkan rasa penuh keterujaan kerana filem Town Mall akhirnya bakal menemui penonton.

Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak.

Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini, memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif.

Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus dan mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram, kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak.”

Zainuddin Mohd Ismail 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata,

Sementara itu, kami merasakan bahawa sekarang ini adalah waktu yang begitu tepat untuk membawakan filem Town Mall kepada penonton, di mana jalan ceritanya mampu membuat penonton mengimbau kisah-kisah seram yang berlaku sebelum ini.

Meskipun kini menyaksikan rakyat sudah mula kembali kepada rutin harian dengan amalan normal baharu seperti pergi ke pejabat, berjalan di pusat beli-belah dan melakukan aktiviti rekreasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun begitu, aktiviti menonton di rumah bersama keluarga tetap diteruskan dengan pelbagai rancangan menarik di Astro,”

Raja Jastina Raja Arshad
Filem Town Mall

Ketika ini, filem seperti Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa masih rancak ditayangan di saluran Astro First.

Town Mall mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah seram menerusi filem Town Mall yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Filem Town Mall

BARISAN PELAKON

  1. Datuk Seri Eizlan Yusof
  2. Intan Ladyana
  3. Adam Shahz
  4. Reen Rahim
  5. Dato’ Jalaluddin Hassan
  6. Hafizuddin Fadzil
  7. Ku Faridah
  8. Faradhiya
  9. Nor Albaniah
  10. Erry Putra
  11. Nurul Hanynaa Bt Harizal Hafsa Munir
  12. Wan Muhammad Logan (Elji)
Filem Town Mall

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA Musim 3 Kembali Dengan 10 Episod Baharu