in , ,

Drama Dialek Pahang & Perak, MADU & HERI BOTA Curi Hati Penonton

Pelbagai bangsa dan loghat mengikut negeri masing-masing menjadikan Malaysia sememangnya unik. Malah penggunaan dialek ini semakin meluas hingga dipilih sebagai ‘penyeri’ kepada sesebuah filem atau drama diterbitkan untuk tontonan seluruh masyarakat.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah dua telemovie yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu ‘Madu’ menerusi saluran TV Okey (Astro 146) dan ‘Heri Bota’ disiarkan TV1 baru-baru ini menerima impak baik daripada kalangan penggemar drama-drama Melayu. 

Dua drama ini diperkatakan dekat di hati penonton bila mana penggunaan loghat Pahang dalam ‘Madu’ jarang-jarang sekali diketengahkan dalam sesebuah drama. Apatahlagi membariskan pelakon utama yang sememangnya anak Pahang menonjolkan lagi warna sebenar jalan cerita dibawakan.

poster Madu

Menariknya dalam drama ini turut diselitkan loghat Negeri Sembilan oleh watak Lan Laga. Begitu juga penggunaan loghat Perak dalam ‘Heri Bota’ yang watak utamanya dihidupkan pelakon berasal dari negeri Perak sendiri.

Berita baik pastinya kerana bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang bila-bila masa untuk menontonnya semula menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

HERI BOTA

Plot cerita ‘Madu’ tentang memiliki anak sendiri. Itulah yang diimpikan oleh pasangan suami isteri, Muslim (Taqim Zaki) dan Salwa (Noorkhiriah) setelah sembilan tahun berumahtangga. Apatahlagi melihat anak jiran yang jugak sahabat baik mereka, Mail (Amerul Affendi) dan Mastura (Eida Moin) yang semakin membesarkan.

Situasi itu merunsingkan hati Salwa dan pada masa sama Mastura mencadangkan Salwa berubat cara tradisional dan moden. Salwa melakukan ikhtiar ke pusat rawatan menemui doktor pakar tentang kesuburan suami isteri. Malangnya dia tidak mampu membayar ubat berharga ribuan ringgit.

POSTER HERI BOTA

Mastura memujuk Salwa supaya mencarikan isteri kedua untuk Muslim. Mulanya Salwa mengamuk besar namun akhirnya dia lembut hati dengan alasan payung emas dikatakan Mastura kepadanya. Salwa meminta Muslim mencarikannya ‘madu’.

Muslim yang lurus bendul mengajak Mail mencari madu kelulut yang dipercayai dapat menyuburkan seseorang untuk mendapatkan anak. Mereka meminta bantuan Lan Laga (Han Zalini) dan Akob Balun (Azroy Khairuddin) dalam misi mereka mendapatkan madu tualang yang menurut Lan Laga lebih berkesan daripada madu kelulut.

Berlaku pelbagai insiden kepada mereka untuk mendapatkan madu tersebut. Sikap Mastura yang tidak menjaga perasaan Mastura sebagai sahabat terbalas dengan calon madu sahabatnya itu sebenarnya adalah calon madu dirinya sendiri. 

Adakah Mastura dapat menerima kenyataan dirinya dimadukan? Bagaimana pula dengan keberkesanan madu tualang untuk Salwa dan Muslim mendapat anak sendiri?

Sementara itu drama ‘Heri Bota’ pula berkisar dek kerana abah selalu memandang rendah terhadap Heri, dia nekad meninggalkan kampungnya dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Setahun berlalu, kecoh kampung Bota dibuatnya bila wajah Heri sebagai pelakon terpampang di dada akhbar. 

Pada masa yang sama, abah meminta Heri pulang ke kampung. Sebelum pulang ke kampung, Heri telah bertemu dengan sahabat baiknya, Peng Liong dan Muniandy. Yang pasti, pertemuan dengan Rizal telah mengubah kehidupan Heri. Tapi benarkah Heri bekerja sebagai pelakon semasa di Kuala Lumpur? Drama ini lakonan berkesan Aedy Ashraff, Norkhiriah Ahmad Shapie, Kazaruddin Saisi, Hamdan Senario, Dewa Sapri, Delimawati dan Arja Lee.

dari kiri Akob Balun, Mail, Lan Laga dan Muslim dalam tele Madu
babak dalam Madu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA Musim 3 Kembali Dengan 10 Episod Baharu

Peraduan Menang Baucer Lazada & Grab Bernilai RM400?