in

David Beckham Terbang Ke Malaysia Untuk Hadir di AIA Vitality Wellness Festival

Berita baik buat peminat David Beckham di Malaysia – bekas pemain Manchester United (MU) itu akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.

Syarikat insurans, AIA Malaysia mengumumkan bakal menerbangkan personaliti bola sepak berpengaruh dunia itu ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.

“Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham,” kata penganjur dalam laman Facebook rasmi AIA Malaysia.

Kenyataan itu hanya menyebut Beckham akan berada di Kuala Lumpur pada 22 September. Ia tidak menyatakan lokasi atau butiran acara bakal dihadiri Beckham.

Mac lalu, suami kepada Victoria atau Posh Spice itu dilantik sebagai Duta Global AIA.

Ia bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur. Pada November 2014, beliau menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dove Lancar Pencarian Wanita Sejati Malaysia #IamRealBeauty

Yang Korang Akan Alami Apabila Stay di Hotel Queen’s Plaza Blackpool