in

HyppTV Lancar ROCKERS Program Realiti TV Rock & Roll Pertama Di Malaysia

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan KRU Studios Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan ‘Rockers’, program realiti TV pertama di Malaysia bagi mencari penyanyi Rock & Roll terbaik yang memiliki “DNA seorang Rocker”. Program ini diterbitkan oleh KRU Studios dan boleh ditonton secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV.

Program terbaharu ini telah diumumkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Studios Sdn Bhd dalam satu sidang media yang diadakan di Hot Jam Cafe, Cyberjaya.

HyppTV Lancar ROCKERS Program Realiti TV Rock & Roll Pertama Di Malaysia

HYPPTV MELANCARKAN ‘ROCKERS’, PROGRAM REALITI TV ROCK & ROLL PERTAMA DI MALAYSIA DI HYPPSENSASI
HyppTV dan KRU Studios kini mencari penyanyi rock paling berbakat di Malaysia

Mengulas mengenai program terbaharu ini, Jeremy berkata, “’Rockers’ merupakan penglibatan pertama kami dalam menerbitkan program pertandingan realiti TV. Ia menggambarkan komitmen berterusan kami untuk menawarkan kepada penonton bukan sahaja hiburan bertaraf antarabangsa dan program sukan terbaik, malah juga menawarkan program-program berkualiti tinggi dan unik termasuklah program realiti, telemovie dan drama bersiri yang boleh didapati secara eksklusif di HyppSensasi, saluran hiburan tempatan pertama milik HyppTV.”

“’Rockers’ bukan hanya menghidangkan muzik, malah turut memaparkan drama dan suka-duka perjalanan para peserta dalam usaha mereka untuk menjadi bintang Rock terbaik negara. Kami percaya genre rock mempunyai tarikan yang tersendiri kepada rakyat Malaysia dan kami yakin ini pasti dapat menarik perhatian golongan muda dan juga yang “berjiwa muda” untuk menonton episod diari harian dan konsert mingguan di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV. Mereka turut berpeluang menonton rancangan ini di aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere, jadi, mereka tidak akan terlepas untuk menontonnya walaupun ketika berada di luar rumah. Pelanggan HyppTV sedia ada boleh melanggan HyppTV Aneka Pack yang turut dilengkapi dengan saluran HyppSensasi pada harga serendah RM30.00 sebulan tanpa caj tambahan untuk Definisi Tinggi (HD),” tambah beliau.

Sementara itu, Norman berkata, “Berdasarkan kajian kami, genre rock merupakan genre paling popular di Malaysia dengan jumlah peminat yang ramai tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang. Kami amat teruja menjadi sebahagian daripada team produksi ‘Rockers’ bagi bersama-sama dalam pencarian bakat-bakat rock terbaharu untuk diketengahkan bukan sahaja di Malaysia malah ke rantau ini. Kami ingin berterima kasih kepada TM dan HyppTV kerana yakin dengan projek ini dan memberi kepercayaan kepada kami untuk menerbitkan program ini. Apa yang kami boleh katakan, rakyat Malaysia, bersiap sedialah untuk ‘Hiburan rock terbaik’ yang pastinya berbeza dari rancangan realiti TV yang pernah disiarkan di kaca televisyen Malaysia.”

Pemenang program pencarian bakat ini akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan kontrak rakaman bersama KRU Music serta berpeluang untuk merakamkan single di Los Angeles.

Pendaftaran kini dibuka, dan ‘Rockers’ mencari para peserta berusia di antara 18 dan 28 tahun serta boleh menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi, hantarkan klip demo nyanyian terbaik anda dalam format audio atau video atau link YouTube, bersama maklumat lengkap anda ke [email protected] sebelum 30 September 2015. Siapa tahu, anda bakal menjadi bintang rock Malaysia yang seterusnya! Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Rockers’, layari laman web rasmi di www.rockers.com.my dan lawati laman sosial media ‘RockersSensasi’ – Facebook, Twitter dan Instagram.

Episod pertama diari mingguan ‘Rockers’ akan disiarkan pada 16 November, setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam dan konsert mingguan akan disiarkan pada 22 November 2015, setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam di HyppSensasi, saluran 116 HyppTV serta di aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

HyppTV Lancar ROCKERS Program Realiti TV Rock & Roll Pertama Di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembalikan Lagu Nostalgia Exist, May & Blues Gang di The Blue Jeans Concert

Malaysia’s Biggest Online Sale, #MYCYBERSALE Is Back This Year