in , ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2019

Berikut di bawah ini adalah Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2019. Budiey Channel mengucapkan tahniah buat semua pemenang. Yang tak menang tu, cuba dan usahalah lagi sampai berjaya di hari mendatang ini.

Pada 22 November 2019, Budiey telah hadir buat liputan di Anugerah Telenovela 2019 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Acara yang bermula jam 8 malam itu telah dihadiri oleh selebriti dan pelakon ternama. Jom tengok siaran live yang Budiey siarkan di saluran Youtube Budiey Channel.

Anugerah tahunan ini adalah merupakan satu majlis anugerah yang mengiktiraf penulis, penerbit dan warga industri terlibat yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel ke layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

ayden anugerah telenovela
Anugerah Khas Juri: Pelakon Kanak-Kanak – Ayden Mikael (Pujaan Hati Kanda) menerima trofi mendapat tepukan dan perhatian ramai.

Sebanyak 32 kategori telah pun disampaikan kepada pemenang:

  1. Ratu Telenovela: Mira Filzah
  2. Bintang Telenovela: Ungku Ismail
  3. Novel Popular: Klik! Pengantin Musim Salju (Penulis: Suri Ryana)
  4. Telenovela Popular – Klik! Pengantin Musim Salju (Filmscope Sdn Bhd)
  5. Filem Popular – Pulang (Primeworks Studio Sdn Bhd)
  6. Pelakon Lelaki Telenovela Popular – Remy Ishak
  7. Pelakon Wanita Telenovela Popular – Mira Filzah
  8. Pelakon Lelaki Filem Popular – Remy Ishak (Filem Pulang)
  9. Pelakon Wanita Filem Popular – Puteri Aishah (Filem Pulang)
  10. Telenovela Terbaik – Bahagia Bukan Bidaan (Penerbit: Country & Universal Sdn Bhd.)
  11. Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik – Shukri Yahaya (Drama Split TV Series)
  12. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik – Tiz Zaqyah (Isteri Bukan Bidaan)
  13. Pengarah Telenovela Terbaik – Rashid Sibir (Lelaki Kiriman Tuhan)
  14. Penulis Skrip Telenovela Terbaik – Hessa Widad (Bahagia Bukan Bidaan)
  15. Penerbit Novel Adaptasi Terbaik – Buku Fixi
  16. Lagu Tema Terbaik – Sampai Bila (Jangan Benci Cintaku)
  17. Penerbit Drama Telenovela Prolifik: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
  18. Pelakon Drama Telenovela Prolifik: Nelydia Senrose
  19. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak – Astro
  20. Stesen Penyiar Bilangan Penonton Telemovie Tertinggi – TV3
  21. Penerbit Telenovela Prolifik – Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
  22. Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela – Rozie Ashid
  23. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif – Open Universiti Malaysia (OUM)
  24. Tokoh Sarjana Kreatif: Dato’ Ahmad Ibrahim
  25. Tokoh Penulis Novel Ke Skrin – Allahyarham Salleh Ghani
  26. Tokoh Industri Kreatif: Z Lokman
  27. Primadona Telenovela 2019 – Erma Fatima
  28. Anugerah Buku Perdana – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
  29. Anugerah Khas Juri Filem: One Two Jaga (Penerbit: Pixel Play Sdn Bhd)
  30. Anugerah Khas Juri: Lakonan Sokongan Mantap: Azhan Rani (Drama)
  31. Anugerah Khas Juri: Pelakon Kanak-Kanak – Ayden Mikael (Pujaan Hati Kanda)
  32. Anugerah Khas Juri: Pengarah Harapan – Shamyl Othman (Drama: GANTUNG)

Tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney’s Frozen 2

HP Lancar Mesin Cetak & Komputer Peribadi Baharu Yang Lebih Berinovasi