in , ,

HONOR Bincang Masa Depan Telefon Boleh Lipat di Fortune Global Forum 2023

HONOR bincang masa depan telefon boleh lipat dan teknologi berpusatkan manusia di Fortune Global Forum 2023!

Jenama teknologi global HONOR telah membincangkan masa hadapan peranti pintar di Fortune Global Forum 2023 yang berlangsung di Abu Dhabi baru-baru ini. Ketua Pegawai Pemasaran HONOR Device Co. Ltd, Dr Ray Guo bersama barisan ahli panel Ketua Penganalisis dan Ketua Pegawai Pemasaran CCS Insight, Ben Wood; dan Naib Presiden Global Elektrik TÜV Rheinland, Frank Holzmann telah membincangkan topik ‘Dunia Kecerdasan Baharu: Apa Seterusnya untuk Peranti Pintar.’ 

Fortune Global Forum 2023
Gambar oleh Fortune

Dunia Kecerdasan Baharu: Apa Seterusnya untuk Peranti Pintar 

Panel yang dikendalikan Pengarang Eksekutif Asia, Fortune, Clay Chandler telah mengupas pelbagai topik menarik tentang teknologi baharu yang belum diuji, termasuk telefon boleh lipat, teknologi paparan berpusatkan manusia dan kecerdasan buatan (AI) pada peranti.

“Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada Global Forum 2023. Dunia perniagaan sedang memasuki ke era baharu dan teknologi bakal memainkan peranan penting. Kami percaya inovasi berpusatkan manusia membolehkan pelbagai kemungkinan baru untuk generasi peranti baharu yang seterusnya. Telefon boleh lipat kini semakin diterima ramai, kecerdasan buatan pada peranti juga membuka jalan kepada era perubahan, dan teknologi berpusatkan manusia seperti teknologi paparan keselesaan mata menambah baik pengalaman interaksi antara manusia dan peranti. Berdasarkan perspektif kami, ini hala tuju yang seterusnya untuk peranti pintar,” kata Guo.  

Telefon boleh lipat bakal mencapai arus perdana

Semasa perbincangan panel, penceramah telah berkongsi pandangan berhubung pembangunan telefon boleh lipat. Satu persamaan menarik telah dibuat antara peranti lipat dan kenderaan elektrik iaitu kedua-dua teknologi tersebut menyebabkan gangguan dalam industry masing-masing disebabkan konsep baru yang bertujuan membawa perubahan demi kebaikan semua. Data terkini dari Counterpoint Research menunjukkan lebih 64% pengguna telefon pintar mewah bersikap terbuka untuk menukarkan peranti mereka kepada telefon boleh lipat. Ini menunjukkan telefon boleh lipat semakin mendapat sambutan dan ke arah menjadi arus perdana.

Sebelum ini, beberapa masalah utama telefon boleh lipat belum diselesaikan seperti mudah alih, ketahanan dan jangka hayat bateri. Kini, peranti seperti HONOR Magic V2 lebih nipis dan ringan berbanding telefon pintar flagship biasa selain menyediakan semua kepentingan skrin boleh lipat yang mengasyikkan. HONOR Magic V2 telah diuji untuk menahan sekurang-kurangnya 400,000 lipatan, mengetengahkan ketahanan hebat dan disertakan dengan teknologi bateri silikon-karbon untuk bertahan sepanjang hari. 

Selepas menyelesaikan masalah utama konsumer tersebut, HONOR baru-baru ini telah mencapai penanda aras penting dalam pembuatan 1 juta telefon boleh lipat dari kilang syarikat berkenaan. Menurut firma penganalis industri Omdia, HONOR Magic V2 kini telefon boleh lipat nombor 1 di pasaran China dan menguasai 25% saham pasaran telefon boleh lipat sebagai model tunggal. 

Skala pengeluaran yang semakin meningkat menunjukkan bagaimana HONOR memacu rantaian bekalan industri ke hadapan yang sedang mencapai kematangan. Melepasi penanda aras 1 juta unit tersebut menunjukkan rantaian bekalan sedang mencapai ke tahap pengeluaran besar-besaran yang mana proses pembuatan adalah lebih automatik dan cekap. Ini akan memanfaatkan industri luas, seterusnya meningkatkan keyakinan rantaian bekalan dan menggalakkan jenama lain untuk berinovasi dalam sektor telefon boleh lipat agar lebih mampu dimiliki ramai. 

Memperkenalkan Makmal Keselesaan Mata Baharu HONOR

Inovasi teknologi berpusatkan manusia juga antara tema utama perbincangan barisan ahli panel. Menurut Guo, inovasi tersebut menandakan HONOR telah mengenalpasti masalah pengguna dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut. Penyelidikan menunjukkan sekurang-kurangnya 2.2 bilion individu di seluruh dunia mengalami masalah penglihatan dan pencegahan boleh dilakukan terhadap sekurang-kurangnya 1 bilion daripada mereka. 

Oleh itu, HONOR meletakkan teknologi paparan keselesaan mata sebagai keutamaan dengan melaburkan lebih US$140 juta dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi paparan, serta membangunkan lebih 500 paten berkaitan paparan. Terbaru, HONOR membuka makmal keselesaan mata khusus bagi mengembangkan kepakaran dalam bidang berkenaan. “Dengan kemudahan baru ini, kami berharap untuk menghasilkan teknologi yang memberi keselesaan kepada individu dengan masalah penglihatan,” kata Guo.  

Selari dengan pelaburan dilakukan, HONOR telah memperkenalkan beberapa siri ciri keselesaan mata inovatif seperti teknologi pemalapan PWM 2840Hz dan Paparan Malam Sirkadia untuk melindungi mata pengguna. Inovasi berkenaan sudah beransur disebarkan dalam industri luas.  Sebagai contoh, sejak ciri keselesaan mata pemalapan PWM berfrekuensi tinggi diperkenalkan, 12 jenama telefon pintar telah menerapkan teknologi tersebut. Kini, lebih 90% paparan telefon pintar di China mempunyai ciri keselesaan mata seperti Pemalapan PWM berfrekuensi tinggi.

Memperkenalkan Potensi Kecerdasan Buatan Pada Peranti

Tidak dinafikan AI antara topik perbincangan yang dinanti-nantikan. Sejak bertahun-tahun, HONOR melabur dalam AI dan telah memperkenalkan AI peringkat platform untuk meningkatkan pengalaman pengguna telefon pintar menerusi perkhidmatan berasaskan AI. 

Semasa Sidang Kemuncak Qualcomm Snapdragon pada Oktober lalu, HONOR mendedahkan telefon pintar HONOR Magic6 yang bakal dilancarkan dilengkapi ciri LLM Pada Peranti dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3. HONOR meletakkan kepercayaan terhadap model AI hibrid, menggunakan AI pada peranti untuk kandungan dan perkhidmatan yang diperibadikan sambil memastikan privasi pengguna dengan mengekalkan data pada peranti.

HONOR menyambut ulang tahun ketiga 

Ketika HONOR meraikan ulang tahun ketiga, penyertaan jenama tersebut di Fortune Global Forum menunjukkan perkembangan HONOR kepada sebuah jenama premium global yang mendahului dalam inovasi telefon boleh lipat dan teknologi keselesaan mata.

Data menunjukkan inovasi ini membuahkan hasil. HONOR telah mencapai hampir 200% pertumbuhan jualan di pasaran luar pada tahun ini. Di Eropah, laporan terkini dari Counterpoint Research menunjukkan HONOR satu-satunya jenama dalam lima teratas yang berkembang YoY pada suku ketiga. Firma analisis industri utama Counterpoint Research dan IDC melaporkan HONOR berada di kedudukan teratas dalam pasaran peranti boleh lipat dan pasaran saham keseluruhan di China pada suku ketiga. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Anugerah Kecemerlangan & Kelestarian Korporat Asia 

Son Heung-min

Son Heung-Min Tunjuk Cara SmartThings Meningkatkan Hiburan di Rumah