in , ,

Samsung Bakal Lancar Telefon Pintar Galaxy A Terbaru Pada 17 Mac 2022

Siri Galaxy A ialah kategori telefon pintar paling popular Samsung Electronics, mengetuai pendemokrasian inovasi Galaxy yang memberi kuasa untuk mencipta, berhubung dan berkembang maju.

Tahun ini, Samsung mengambil inovasi Galaxy siri A lebih jauh lagi. Peranti siri Galaxy A baharu yang hebat ini direka untuk memberikan pengalaman yang sepenuhnya seiras dengan apa yang dimahukan daripada telefon pintar.

Samsung telah mengumumkan tarikh untuk acara Galaxy Unpacked seterusnya iaitu pada hari Khamis, 17 Mac 2022 jam 10:00 malam waktu Malaysia. Dalam acara tersebut, syarikat Korea Selatan itu bakal melancarkan telefon pintar terbaru dalam siri Galaxy A.

Galaxy A merupakan antara siri telefon pintar kelas pertengahan yang sangat popular di seluruh dunia. Samsung tidak mengesahkan nama telefon yang akan dilancar, namun telefon yang dikhabarkan adalah Galaxy A73, Galaxy A53 dan Galaxy A33.

Galaxy A Event: Mendemokrasikan Inovasi Galaxy Terkini Untuk Semua

Dalam acara Galaxy Awesome Unpacked pada tahun lepas, Samsung telah melancarkan Galaxy A72, Galaxy A52 dan Galaxy A32. Oleh yang demikian, besar kemungkinan Samsung akan mengemas kini tiga telefon tersebut dalam acara pelancaran yang akan datang ini.

Galaxy Unpacked Invitation

Tiada spesifikasi yang disahkan untuk telefon Galaxy A baharu ini. Galaxy A73 dikhabarkan bakal dilengkapi skrin 6.7 inci dan cipset Snapdragon 750G, manakala Galaxy A53 pula dikhabarkan bakal dilengkapi skrin 6.5 inci dengan cipset Exynos 1200.

Pada 17 Mac 2022, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Galaxy A Event terbaru yang bakal ditayangkan secara langsung bermula jam 10 malam (Waktu Malaysia) di Samsung Malaysia Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOMIES oleh SonaOne & Shurkn Pap, Karya Tentang Persahabatan

Park Seo Jun trending

Selepas Lancar ‘Blockbuster’ di MWC, HONOR Malaysia Umum Sesuatu?