in , ,

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco

Penyanyi rap dan influencer terkenal, Caprice menerima teguran netizen gara-gara memuat naik posting berkaitan kisah penceraian selebriti media sosial, King Coco.

Netizen mendakwa gurauan Caprice kali ini agak keterlaluan dan melampau. Tambah netizen lagi, Caprice memberi contoh tidak baik kepada pengikut apabila memuat naik kapsyen sedemikian.

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco

Malah, ada yang mendakwa gurauan Caprice itu berbaur gangguan seksual dan tidak menghormati wanita.

Selepas dikritik, penyanyi lagu ‘Xde hal bro’ ini dipercayai telah menukar kapsyen dengan menyatakan dia dan King Coco boleh melakukan panggilan video untuk belajar memasak.

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco

“Boleh tak tolong bagi number Caprice dekat dia so boleh video call dan belajar masak cili api,”

– Caprice

Meninjau ke ruangan Instagram Story, Caprice dilihat telah menghubungi King Coco menjelaskan situasi sebenar.

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail nampaknya tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakan. Selebriti media sosial itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat Caprice.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober

Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Lancarkan Edisi Air Jordan Vegan