in , , ,

Hidangan Autentik Ala Hong Kong Di Eatz @Hong Kong

Tercari makanan lazat asli dari Hong Kong di tengah kota Kuala Lumpur? Jangan risau, apa kata anda cuba ke jamah pula hidangan autentik ala Hong Kong di Eatz @Hong Kong

Dengan wujudnya cawangan pertama EATZ @Hong Kong yang mula beroperasi sejak Ogos lalu, para penggemar makanan oriental ala Hong Kong tidak lagi sukar untuk menjejaki hidangan yang terkenal di kalangan masyarakat Kantonis, di Malaysia.

Bertempat di Lot LG-240, Lower Ground, The Gardens Mall, Mid Valley City, EATZ @Hong Kong berjaya menambat hati penggemar dengan lebih 100 menu yang popular di kalangan masyarakat Kantonis Hong Kong dari zaman 50-an sekitar era British kolonial hingga era milenial.

R11_Satay Beef Rice_New2

Definisi Citarasa Hong Kong

“Setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri tentang masakan Hong Kong. Ada yang mengatakan ‘Egg Tart’, sementara yang lain mengatakan ‘Polo Bun’.

Ada pula yang kata ‘Cheese Baked Rice’, dan sememangnya apa yang mereka katakan itu semua adalah betul.

Ini kerana, Hong Kong sejak di bawah zaman jajahan British sekitar tahun 50-an telah menyaksikan asimilasi budaya, termasuklah perubahan dalam Menu masakan harian mereka.

Justeru, tidak menghairankan jika elemen ala British kita lihat terselit di mana-mana kafe atau kedai kopi sekitar Hong Kong dahulu kala,”

– Ms. Valerie Choo, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab merekabentuk dan mentadbir restoran EATZ @ Hong Kong.
D06_Mochi Topped W Peanut And Brown Sugar_1

Lebih 100 Menu Hong Kong Klasik dan Kontemporari

Diterajui oleh Ketua Chef, Kak Noor, anak kelahiran Terengganu, dengan lebih 10 kakitangan muda mahir di dapur, kemahiran kulinari pasukan ini mencakupi lebih 100 Menu terbaik Hong Kong. Apa yang pasti, Menu tersebut sememangnya diakui tersenarai di dalam kategori kegemaran pelanggan.

Mendapatkan khidmat penasihat khas yang juga Chef Kreatif, Mr. Johnny Wong yang berasal dan membesar di Hong Kong, terhasillah Menu yang juga merupakan signature dish seperti, Cheese- Baked Chicken Cutlet with Rice, Satay Beef Rice, Curry Seafood Rice dan Australian Beef Striploin.

D01_Osmanthus Jelly_1

Juga hidangan ringan seperti Ms Souffle dan Egg Tart yang lazimnya menjadi pilihan utama masyarakat British dahulu.

Tidak dilupakan hidangan klasik yang terkenal di kalangan masyarakat Hong Kong seperti Smoked Duck with Pumpkin Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Hong Kong Milk Tea, Hong Kong Ying Yong dan pemanis mulut Osmanthus Jelly Red Bean Rice Pudding.

Bagi mengekalkan keaslian dan kesahihan yang menepati piawaian rasa, Chef Kreatif Johnny memastikan pasukannya mendapat bimbingan intensif selama 2 bulan sebelum EATZ @Hong Kong memulakan operasi.

Amat mementingkan kualiti, Chef Kreatif Johnny turut memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah daripada yang terbaik, segar, premium dan yang paling penting diiktiraf HALAL oleh pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara.

“Bahan-bahan segar adalah kunci kepada proses pengeluaran kesemua Menu di EATZ @ Hong Kong sementara penggunaan dan pemilihan bahan mentah yang diiktiraf HALAL merupakan tarikan utama kepada pengunjung yang beragama Islam, mengetahui kesukaran mereka untuk mendapatkan masakan Kantonis ala Hong Kong yang HALAL di Malaysia,”

– Ms. Valerie Choo
B04_Hk Milk Tea On Ice Bed

Set Sarapan Pagi, Set Makan Tengahari dan Takeaway

Beroperasi seawal 8.30 pagi, EATZ @Hong Kong turut menyajikan makanan berbentuk set untuk sarapan pagi (Breakfast Set) dan set makan tengahari (Lunch Set). Kedua-dua set ini dilengkapi dengan Teh Susu Hong Kong (Hong Kong Milk Tea), sejenis minuman yang bukan sahaja tradisional malah telah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Hong Kong sejak berabad dahulu.

_T01_Egg Tart

Apa yang lebih menarik, harga kedua-dua set amat berpatutan dengan set sarapan pagi tidak melebihi RM10 dan set makan tengahari tidak melebihi RM22.

Untuk kemudahan pelanggan, juga terdapat kaunter takeaway yang terletak di hadapan restoran, mempamerkan hidangan ringan seperti Egg Tart, Polo Bun, Cheese Balls, Hong Kong Milk Tea dan lain-lain. EATZ @Hong Kong beroperasi sehingga jam 10 malam setiap hari, Isnin hingga Ahad.

_Dscf9022

Rekabentuk Dalaman

Dengan lokasinya yang strategik dan bertentangan eskalator, mata pengunjung The Gardens Mall tidak dapat tidak, pastinya tertumpu kepada simbahan warna vibrant turquiose pada façade dan dinding fokus restoran EATZ @Hong Kong.

Dan, mengangkat ‘nilai’ The Gardens Mall itu sendiri, EATZ @Hong Kong dilengkapi 6 unit Chandelier demi memenuhi konsep restoran yang berorientasikan Hong Kong pasca Colonial British.

Justeru, jika diamati, rekabentuk yang ditampilkan di EATZ @Hong Kong sangat akrab dan penuh dengan cerita Hong Kong dan transformasinya yang lebih separuh abad!

_D07_Ms Souffle

“Apa yang cuba kami kongsi adalah, bagaimana perjalanan Hong Kong melewati era 50-an mempengaruhi perubahan kepada Menu harian mereka.

Sebenarnya, alasan yang lebih penting adalah sejarah mereka bersama penjajah yang sedikit sebanyak mengubah ‘rasa’ dalam ‘seni’ masakan Kantonis itu sendiri.

Signifikannya, asimilasi rasa ‘Mat Saleh’ itu memainkan peranan penting dalam apa yang kita rujuk atau panggil sebagai masakan Kantonis Hong Kong”.

– Pengarah Urusan, Ms. Valerie Choo
_C01_Cheese Baked Chicken Cutlet W Rice_Top10

Cerita tersebut dapat dilihat pada sebahagian dinding restoran, di mana terlakarnya mural hasil nukilan anak muda tempatan, Aleff Ahmad, yang menampilkan zaman penggunaan beca roda tiga, senibina hotel warisan, kereta api, tram sehinggalah bas double decker yang digunakan hari ini.

Sementara sebahagian dinding lain pula memberi fokus kepada sepuluh signature dish yang terdapat di EATZ @Hong Kong, juga dalam bentuk lukisan tangan.

Dengan keluasan lebih 2,500 kaki persegi, restoran EATZ @Hong Kong mampu memuatkan kapasiti lebih 100 pengunjung pada satu-satu masa. Sementara susun atur meja dan kerusi terbahagi kepada built-in dan fleksi yang memudahkan pelanggan mewujudkan suasana berbeza menepati keperluan semasa mereka. Di suatu bahagian pula, dikhaskan sebagai sudut riadah untuk kanak-kanak.

“Kami yakin konsep EATZ @Hong Kong amat sempurna bagi pengunjung yang mementingkan semua segi seperti hidangan, suasana, kualiti, perkhidmatan dan value-for-money. Kombinasi ini diharap dapat menjadikan EATZ @Hong Kong alternatif terbaik untuk sajian pagi, tengahari dan makan malam mereka,”

– Ms. Valerie Choo

ABOUT EATZ @HONG KONG

EATZ @ Hong Kong was born since 2019, under the creative idea of Ms. Valerie Choo, an experienced lady whose ultimate passion lies in food. In 2015, while enjoying her newbound freedom after departing from a long corporate career, she realized how people will always cherish and feel treasured by the good old memories.

Most often than not, it only takes one good food to bring back thousand reminiscences. What if she could bring hundreds of them? Hence, the idea was translated into the essence of a brand-new eatery place, EATZ @ Hong Kong.

“Our cooking is honest. The menu comes with purpose of preserving nostalgia and taste, of the good old days. We don’t want the world to lose the recipes that have been loved by our previous generation. It is our job to ensure that future kids would have the access to the same delicious food. Fundamentally, we provide the finest source farm-to-table ingredients to ensure its quality and flavour of the past, that speak for themselves and have been meticulously tried and tested”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Cuti ke eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Uriah See 1 | 23

Airbnb Perkenal Pengalaman Memasak Buat Tetamu di Malaysia