in , ,

Airbnb Perkenal Pengalaman Memasak Buat Tetamu di Malaysia

Tetamu kini boleh mendapat akses secara langsung kepada lebih 3,000 resipi unik di lebih 75+ negara. Untuk meraikannya, kami sedang mencari 100 tukang masak rumah terbaik di dunia dan menghantar mereka dalam perjalanan sekali seumur hidup ke Itali

Hari ini, Airbnb melancarkan Pengalaman Memasak sebagai salah satu daripada Pengalaman Airbnb – sebuah kategori baharu yang menyingkap tradisi kuliner tersembunyi keluarga di seluruh dunia

Sejak tahun 2018, Pengalaman Makanan dan Minuman Airbnb telah berkembang dengan pesat. Dari mempelajari resipi warisan nenek ke tradisi masakan rumah Uzbek, tetamu dari Malaysia dan seluruh dunia kini boleh akses 3,000 resipi unik yang kebiasaannya disimpan buat keluarga dan rakan-rakan di lebih 75 negara.

Buat rakyat Malaysia yang terkenal dengan cintanya kepada makanan, ini adalah pengalaman wajib-cuba yang tidak boleh dilepaskan, merentasi seluruh Malaysia dan negara-negara jiran di Asia Tenggara.

Cook Malay Meal _ Tour Tropical Garden (2)

Masak Masakan Melayu & Lawati Taman Tropika – Kuala Lumpur, Malaysia 

Mulakan dengan meneroka taman di rumah dengan lebih 50 herba, rempah dan bunga yang digunakan dalam masakan harian, buat pengalaman yang lebih meluas dalam mengenali tumbuhan-tumbuhan tempatan yang amat penting di dalam masakan melayu. Pelajari cara untuk memasak Nasi Lemak, makan kebangsaan Malaysia, ayam goreng berempah, dan cuba bakat anda dalam membuat teh-tarik seperti seorang pro!

Traditional Malaysian Cooking Class (2)

Kelas Memasak Masakan Tradisional Malaysia – Kuala Lumpur, Malaysia

Dianjurkan di rumah pra-perang di tengah Kuala Lumpur, Pengalaman memasak ini menawarkan peluang kepada tetamu untuk belajar cara-cara memasak pelbagai hidangan tradisional Malaysia, termasuk rendang ayam, nasi kunyit, kari kapitan dan banyak lagi.

Make Nyonya Kuih in Melaka (2)

Pelajari Cara Membuat Kuih Nyonya di Melaka – Melaka, Malaysia 

Pelajari pembuatan kuih-muih Nyonya yang ikonik dari kelas memasak ibu dan anak ini. Berdasarkan sebuah resipi keluarga yang disimpan rapi, tetamu kini mempunyai peluang untuk mempelajari kuih lapis, tat nenas dan onde-onde yang sedap ini dan juga berpeluang membawa ia pulang untuk dijamah bersama.

Private Royal Thai Recipe cooking class (1)

Kelas Memasak Resipi Diraja Thai Peribadi – Bangkok, Thailand 

Pengalaman di rumah yang menenangkan, kelas memasak ini dianjurkan di rumah kolonial yang berusia 120 tahun, di mana tetamu akan diajarkan mengenai perbezaan antara hidangan Thai yang lazim dan hidangan Thai Diraja. Masak menu asli Diraja and pelajari tip-tip dan cara-cara untuk memasak hidangan tradisional Thai dengan Pengalaman yang direka khas untuk kumpulan kecil ini.

Home Cooking Traditional Balinese Bumbu (2)

Masak Bumbu Tradisional Bali di Rumah – Bali, Indonesia

Bersedia untuk diperkenalkan kepada asal-usul ramuan bumbu Bali and pelajari bagaimana untuk membuat bumbu anda sendiri dari resipi keluarga turun-temurun. Terokai pelbagai cara bagaimana bumbu digunakan sebagai asas buat makanan Bali – dan nikmati proses penyiapan 5 makanan ini, dari pembuka selera ke masakan kari ke ikan stim dan banyak lagi!

University of Gastronomic Sciences  (1)

Lebih lanjut mengenai Pengalaman Memasak Airbnb

Melalui Pengalaman Memasak Airbnb, kami mempersembahkan cara baharu untuk memahami budaya melalui makanan. Berbeza daripada kelas memasak biasa, yang mungkin terasa menakutkan atau memakan masa, di tengah-tengah setiap pengalaman ialah hubungan manusia; ramai orang berkumpul untuk membuat dan berkongsi makanan.  Dianjurkan oleh keluarga,petanitukang masak pastri dan banyak lagi, hos tempatan kini boleh memberi makna yang lebih mendalam di sebalik makanan yang anda makan, mengajar resipi tradisional dan berkongsi cerita dalam suasana intim di seluruh dunia.

Untuk melindungi sifat peribadi setiap resipi, setiap pengalaman telah diperiksa berdasarkan garis panduan yang diilhamkan oleh Slow Food, organisasi akar umbi yang misinya adalah untuk mengelakkan hilangnya budaya dan tradisi makanan tempatan. Melalui proses pemeriksaan ini, kami telah mengesahkan bahawa setiap hos Pengalaman Airbnb menyampaikan intisari unik setiap hidangan melalui cerita peribadi mereka dan telah membuktikan pengetahuan mendalam tentang warisan masakan yang mereka kongsi.

Traditional Malaysian Cooking Class (1)

Calonkan tukang masak rumah kegemaran anda

Meraikan pelancaran Pengalaman Masakan Airbnb – dan untuk mencari khazanah kuliner seterusnya – kami menggalakkan semua orang untuk memohon atau mencalonkan jurumasak rumah kegemaran mereka supaya kami boleh membiayai perjalanan sekali seumur hidup mereka ke Itali. Di sana, mereka akan belajar untuk menyempurnakan resipi keluarga dan warisan mereka dalam buku masakan Airbnb, yang dirancang untuk tahun 2020. 

100 pemohon teratas akan dapat belajar bersama-sama chef David Chang dan ibunya, Sherri, semasa salah satu daripada empat kursus lima hari yang diatur khas di Universiti Sains Gastronomik kepunyaan Slow Food, yang terletak di dalam tapak warisan dunia UNESCO di Pollenzo, Itali Utara. Di samping bengkel, sesi merasa, lawatan lapangan dan kelas daripada profesor UNISG, terdapat juga kelas amali daripada salah seorang hos yang paling banyak mendapat tempahan di platform ini, Nonna Nerina, yang telah memperoleh lebih daripada $150,000 hanya dengan mengalu-alukan pengembara ke kawasan desa Rom untuk mengetahui tentang minat mendalam beliau dan keluarganya dalam membuat pasta. 

Untuk menjadi salah satu daripada 100 yang bertuah yang dihantar ke Itali, pengguna Airbnb yang layak boleh masuk sendiri atau mencalonkan jurumasak rumah kegemaran mereka melalui airbnb.com/cooking, menghantar karangan peribadi mengenai mengapa minat memasak calon dan resipi keluarga mereka menjadikan mereka sesuai. Permohonan kini dibuka, ditutup pada 11:59mlm EST pada 23 Disember 2019.  100 yang bertuah akan dipilih oleh panel hakim termasuk wakil Airbnb, Slow Food dan University of Gastronomic Sciences.  25 tempat ditawarkan pada setiap sesi daripada empat sesi kursus, bermula 15 Jun, 22, 29 dan 6 Julai 2020.

Home-Cooked Flavors of Singapore  (2)

Sorotan Memasak di Pengalaman Airbnb termasuk:

Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.airbnb.com/d/100cooks dan anda juga boleh tonton “sneak peek” video pertandingan ini di sini.

Make Nyonya Kuih in Melaka (1) Penang Secret Recipes Cooking Class (2)

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hidangan Autentik Ala Hong Kong Di Eatz @Hong Kong

5 Malaysians Receive RM33,000 Grants From Krishen Jit Fund