in , ,

Hetty Sarlene Hamil Selepas 4 Tahun Berkahwin

SELEPAS empat tahun berkahwin, pelakon dan penyanyi Hetty Sarlene, 36, berkongsi khabar gembira dia kini hamil hasil perkongsian hidup dengan suami, Dani Aaqil.

Hetty berkata, dia sangat teruja dan menyifatkan berita gembira itu hadiah paling manis untuk ulang tahun perkahwinan mereka.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu depan. Inilah berita paling mengujakan kerana sempena ulang tahun ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama.

“Ini menjelaskan mengapa saya berdiam seketika. Berdepan dengan muntah-muntah, pening, ‘mood’ terganggu, jatuh di tandas, asyik tidur dan lain-lain.

“Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Sekelumit keajaiban pun ambil masa untuk tiba,”

– Hetty Sarlene
Hetty Sarlene Hamil Selepas 4 Tahun Berkahwin

Bagaimanapun, Hetty tidak berkongsi secara terperinci usia kehamilannya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.

Sumber: Facebook Hetty Sarlene & Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Miss Universe Malaysia 2020 Diadakan Dalam Talian

Mira Filzah Akui Sudah Bertunang dengan Wan Emir Astar