in

Covid-19: Miss Universe Malaysia 2020 Diadakan Dalam Talian

PENCARIAN ratu cantik Miss Universe Malaysia 2020 yang berlangsung 5 September ini akan diadakan secara dalam talian atau e-gala dan boleh ditonton menerusi laman web rasmi www.missuniverse.com.my bermula jam 5 petang.

Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia, Datin Elaine Daly berkata, ini pertama kali upacara pemahkotaan ratu tahun ini diadakan tanpa penonton berikutan langkah berhati-hati terhadap pandemik Covid-19.

“Yang hadir pada acara itu hanyalah panel juri dan peserta bertanding. Dengan pendekatan terbabit, kami dapat memastikan keselamatan semua orang selain mematuhi penjarakan sosial.

“Saya yakin pertandingan kali ini tetap menarik walaupun sedikit berbeza. Jika keadaan sudah kembali normal, tahun depan kami akan anjurkan acara itu mengikut penganjuran terdahulu,”

– Datin Elaine Daly
Covid-19: Miss Universe Malaysia 2020 Diadakan Dalam Talian
Miss Universe Malaysia 2020 Diadakan Dalam Talian

Tahun ini, sebanyak 18 wanita seluruh Malaysia bertanding untuk merebut mahkota itu dan sekali gus mewakili negara ke Miss Universe 2020.

Tahun lalu, Miss Universe Malaysia dimenangi Shweta Sekhon yang turut membanggakan Malaysia di Miss Universe 2019. Kostum Kebangsaan diperagakannya satu-satunya terpilih untuk dipersembahkan sewaktu pertandingan itu.

Bagi penonton yang ingin mengikuti e-gala boleh membeli tiket menerusi laman web rasmi berkenaan dan 20 peratus daripada pembelian tiket itu juga akan disalurkan kepada badan amal terpilih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 14

Sajat Beli Kereta Mewah Harga Setengah Juta… Kau Mampu?

Hetty Sarlene | 15

Hetty Sarlene Hamil Selepas 4 Tahun Berkahwin