in ,

Hawa Rizwana Redzuan Kini Jadi Duta Wirdora

Wirdora, sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria, hari ini melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.

Wirdora diasaskan oleh Wirdalina Binti Tauhed pada bulan Mei 2017.  Terdapat dua kategori produk ditawarkan oleh Wirdora iaitu luxe series dan standard series.  

Hawa

Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta pin stainless pin. Setiap barangan Wirdora dijamin kualitinya. Ianya:-

  • Tahan karat
  • Hypo allergenic
  • Anti-tarnish

Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service.

Hawa

Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.

Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit, Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 Juta dalam masa setahun.

Hawa

Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan ber prestij tersebut. 

Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020.

Hawa

Produk Wirdora bermula dari RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara online dan offline. Belian secara onlineboleh didapati di:-

Laman web Wirdora :- https://wirdora.com

Laman web fashion valet :- https://www.fashionvalet.com

Instagram Wirdora :- @wirdorahq

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. 

Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri.

Hawa
Hawa
Hawa
Hawa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Store Di Seluruh Dunia Kecuali Di China Ditutup Kerana Koronavirus

Heidi Klum Mengadu Demam Mahu Jalani Ujian Koronavirus