in , , ,

Apple Store Di Seluruh Dunia Kecuali Di China Ditutup Kerana Koronavirus

Gelombang kedua wabak Covid-19 menyebabkan ia dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini dengan Eropah pula menjadi pusat penyebaran.

Keadaan ini memaksa negara seperti Itali, Sepanyol dan Denmark untuk menghalang perhimpunan awam. menutup institusi pendidikan dan membatalkan acara sukan. Menyedari hakikat ini, kesemua Apple Store yang berada di luar China akan ditutup.

Penutupan Apple Store di seluruh dunia ini berkuasa kuasa serta merta sehingga 27 Mac 2020. Sebelum ini hanya Apple Store di China ditutup tetapi kesemua 42 bilik pameran telahpun dibuka sejak awal minggu ini kerana Covid-19 mula terkawal di negara tersebut. Selain itu Apple mengumumkan setakat ini $15 juta derma untuk meringankan beban ke atas ekonomi dan komuniti akibat Covid-19 telah berjaya dikumpul.

Sumber: Amanz Portal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Mira Filzah Bakal Nikah dengan Wan Emir Pada Oktober 2020?

Hawa Rizwana Redzuan Kini Jadi Duta Wirdora