in ,

Heidi Klum Mengadu Demam Mahu Jalani Ujian Koronavirus

SUPERMODEL terkenal Heidi Klum mengadu demam dan terpaksa menarik diri dari rakaman rancangan hiburan America’s Got Talent minggu ini.

Personaliti TV berusia 46 tahun itu terpaksa meninggalkan rakaman selepas mula mengalami simptom berkaitan dan tempatnya digantikan Eric Stonestreet.

“Ia bermula dengan rasa sejuk di badan, demam, batuk serta selesema.

“Saya berasa tidak sihat dan sebab itu saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah, sebab saya tak mahu orang lain dijangkiti,”

– IG Heidi Klum

Klum dalam pada itu mengharapkan ia sekadar demam biasa.

“Saya mahu menjalani ujian koronavirus, tetapi kemudahan itu tiada di sini,” katanya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hawa | 17

Hawa Rizwana Redzuan Kini Jadi Duta Wirdora

Farahdhiya | 18

Farahdhiya Mengharap Magis TEGAR