in ,

TV ALHIJRAH Siar Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta

Khas untuk penonton setianya, TV AlHijrah membawakan barisan rancangan-rancangan menarik yang telah disusun sepanjang September 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Hj. Izelan Basar,” pemilihan siaran ini adalah bagi memenuhi permintaan penonton yang mahukan rancangan inklusif meliputi semua genre termasuk hiburan ketuhanan.

Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta

TV Al-Hijrah Hidangkan Pelbagai Rancangan Menarik Sepanjang September

“Peratusan peningkatan penonton yang mengikuti rancangan-rancangan menarik yang penuh dengan bimbingan agama, kerohanian dan motivasi seperti 30 Minit bersama Ustaz Kazim Elias, Motivasi Perdana, Syamsul Debat, dan Kongsi Berita menunjukkan TV AlHijrah berjaya menerbitkan program-program yang memberi fokus kepada ‘lifestyle’ dan pengukuhan nilai-nilai moral”, tambah beliau lagi.

Beberapa rancangan juga telah diubah siaran kepada waktu Perdana bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton mengikuti rancangan-rancangan ini bersama keluarga.

Antara rancangan istimewa sepanjang bulan September ini adalah rancangan Kongsi Berita, 30 minit bersama Ustaz Kazim Elias, Motivasi Perdana, B’Frenz dan Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan aku cinta.

KONGSI BERITA

Kongsi Berita akan disiarkan pada setiap hari bermula 5 september 2016 ini, jam 8.30 malam. Siaran Ulangannya pula boleh ditonton pada jam 3 petang setiap hari.

Kongsi berita kendalian pengacara muda Khairul Wasiril Aswad merupakan rancangan infotainment yang menyajikan rangkuman berita viral dan “trending” sepanjang minggu di laman media sosial tempatan mahupun antarabangsa.

Rancangan ini dilihat sebagai platform terbaik bagi penonton di luar sana untuk berkongsi maklumat dan video-video istimewa melalui saluran yang betul. Informasi yang diterima akan dikaji dan disemak terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan informasi dan mengelakkan berlakunya penyebaran fitnah.

Dengan hanya berkongsi hashtag #kongsiberita pada video-video menarik, penonton berpeluang luas untuk melayakkan penyertaan berita mereka.

30 MINIT BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

30 Minit Bersama Ustaz Kazim Elias akan disiarkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 7 malam. Rancangan ini merupakan kuliah interaktif bersama Datuk Ustaz Kazim Elias yang dirakamkan khas di di Pusat Pengajian Al Barakah sebuah pusat pengajian yang dikendalikan Ustaz Kazim sendiri. Rancangan ini membicarakan tajuk-tajuk pilihan sekitar Ibadah, Akhlak, Syariah dan pelbagai tajuk menarik lain dengan menggunakan kitab Bahrul Mazi & kitab Muhimmah sebagai rujukan utama.

MOTIVASI PERDANA

TV AlHijrah dengan kerjasama Proton Holding Berhad menampilkan sebuah program motivasi santai berjudul Motivasi Perdana. Rancangan ini menemui penonton pada setiap Rabu jam 7 malam.

Menerusi Motivasi Perdana, barisan motivator terkenal tanah air seperti Datuk Dr. Fadilah Kamsah, Datuk Profesor Muhaya Muhammad, Dr. Azizan Osman dan Ustaz Syamsul Debat serta beberapa personaliti lain berkongsi ilmu dengan cara mereka yang tersendiri. 16 episod siaran rancangan ini akan merangkumi topik-topik berkaitan ilmu pengurusan diri, keluarga dan kerjaya.



B’FRENZ

B’Frenz merupakan sebuah rancangan yang memberikan ruang dan peluang buat usahawan Malaysia mempromosikan jenama keluaran, produk, serta profil mereka.

Rancangan bual bicara santai yang disiarkan secara langsung pada hari Khamis hingga Ahad bermula 15 September jam 12.00 tengahari ini diyakini mampu membantu lonjakan kebangkitan produk muslim dan usahawan Islam.

Individu-individu yang telah berjaya menempa nama di dalam bidang keusahawanan akan dijemput ke studio bagi berkongsi kisah kejayaan dan sebagai pembakar semangat kepada usahawan-usahawan baru. Turut dimuatkan juga adalah projek-projek khidmat masyarakat (csr) yang dilaksanakan.

Dengan kos serendah RM 7,000 bagi satu segmen 10 minit, hingga ke RM 30,000 bagi sejam bersiaran, bakal menjadikan jenama produk dan profil usahawan Muslim menikmati pakej siaran langsung paling mewah dengan kos paling murah di pasaran!

Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta

Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta

[dropcap]K[/dropcap]onsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta adalah program berbentuk hiburan anjuran Islamic Relief Malaysia dan Mawlaya Network Sdn Bhd. Rakaman konsert agung ini akan disiarkan di TV AlHijrah pada Ahad, 11 September 2016, jam 10.30 malam.

Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta yang dijayakan di Stadium Malawati, Shah Alam merupakan hiburan amal yang menggabungkan lagu-lagu ketuhanan yang dialunkan oleh barisan penyanyi hebat dalam dan luar negara seperti Raihan, Zain Bhikha, Anuar Zain, Opick, Akim & The Majistret dan ramai lagi.

Saksikan alunan merdu nan meruntun jiwa yang pastinya mengingatkan kita kepada yang Esa.

Dengan siaran rancangan-rancangan istimewa September ini, TV Alhijrah yakin penonton akan memperolehi pengisian yang lebih menarik, berfaedah, bermanfaat, berilmu pengetahuan dan penuh dengan motivasi, kerohanian dan bimbingan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emy Juara JoHaRockStar & Kini Bergelar Pelajar AF2016

Ujibakat Pencarian Wajah Baru HATTA HIM 2016