in , ,

Hasnol Akui Tiada Pendapatan Tetap, Cerai Isteri Talak Satu

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, perkahwinan penyanyi Hasnol melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Marina Mohin tengah hari tadi di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.

Penyanyi berusia 52 tahun itu mendedahkan punca perceraian disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sehingga rumah tangga goyah.

“Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap. Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya.

“Mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya? Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri,”

– Hasnol

Dalam pada itu, Hasnol memaklumkan hak penjagaan anak perempuan mereka diberkan kepada Marina serta berharap dapar mencari pendapatan tetap.

“Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap. Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama,”

– Hasnol

Hasnol berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.

Hasnol turut mempunyai tiga cahaya mata Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun, menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baby Shima Pelik Selalu Kena Kecam Walaupun Dia Ada Berbuat Baik 

SUKAN

Acara Larian Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 di IOI City Mall