in

Video Sensasi Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana Tertiris

Video Sensasi: Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna dan Siti Nordiana Dilihat Memakai Kostum Superhero

Apakah persamaan antara Harith Iskander – juara pertandingan untuk Laugh Factory’s Funniest Person In The World 2016, Zizan Razak Raja Lawak, Yuna Pujaan Malaysia dan Siti Nordiana penyanyi bersuara lunak? Mereka adalah ikon artis Malaysia terkini yang disayangi oleh ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, video panas yang bocor di ohmymedia.cc menunjukkan bahawa keempat-empat mereka ini sedang bekerja untuk sesuatu yang besar.

Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana

Video sensasi yang bocor pada 21 Mac lalu menunjukkan bahawa empat bintang tersebut berpakaian superhero sambil melakukan beberapa aksi luarbiasa sehingga menyebabkan peminat tertanya-tanya apa yang mereka sedang lakukan. Setakat ini, tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenai bintang-bintang hangat ini bekerjasama dalam mana-mana projek. Jadi, apa sebenarnya yang mereka sedang usahakan? Adakah video itu merupakan tema pengenalan untuk filem superhero terbaru?

Lebih mengujakan apabila papan-papan iklan yang boleh dilihat di sepanjang Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Persekutuan serta poster-poster di pawagam-pawagam TGV dan MBO. Ianya juga didapati bahawa 4 bintang mega ini berada di dalam iklan dan poster terbaru tetapi ianya tidak mengandungi maklumat lain, selain daripada fakta bahawa ia akan dikeluarkan pada bulan April.

Kaki selidik di laman media sosial menunjukkan bahawa bintang-bintang ini amat teruja dengan “sesuatu hebat yang akan muncul”. Apakah sesuatu hebat itu? Menurut komen Zizan di platform media sosialnya, beliau menerima video itu daripada sahabatnya dan mengambil keputusan untuk berkongsi kerana mahu mengusik peminatnya. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan apa-apa maklumat lain mengenainya.

Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana

Begitu juga komen Siti di laman media sosialnya, “Oppss, berita telah merebak” dan dia “Berharap untuk bekerja lagi dengan Zizan, Yuna dan Harith” – menyebabkan peminatnya membuat spekulasi mengenai apa yang dia sedang usahakan dan lakukan.

Selain itu, Harith Iskandar memuat naik video bocor ini ke Instagram beliau dengan komen “Baru tahu bahawa klip ini telah bocor. Berseronok dengan @zizanrazak869 @yunamusic @sitinordiana ketika penggambaran! Harap semua sabar menunggu!” Ianya menunjukkan bahawa pelawak terkenal ini juga keberatan untuk berkongsi apa-apa maklumat lanjut yang berkaitan dengannya.

Yuna juga seolah-olah teruja apabila dalam Instagram beliau meminta peminatnya menunggu untuk mengetahuinya.

Apakah empat bintang besar dari segmen industri hiburan yang berbeza; muzik dan komedi – mungkinkah komedi muzikal yang memaparkan superhero baru yang AKAN MUNCUL? Sesuatu yang besar akan menemui kita, itu yang pasti. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana

.

Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Cara Firefly Raikan Ulangtahun Ke-10

5 Perkara Yang Kena Elak Apabila Korang Putus Cinta