in

5 Perkara Yang Kena Elak Apabila Korang Putus Cinta

Bagai pasangan bercinta, perkara yang paling mereka takut ialah putus cinta. Betul tak? Sebab putus cinta ni amat menyakitkan seperti hati kita ni dihiris dengan pisau. Fuhh sakitnyaa! Tapi bila dah putus tu satu perkara yang susah nak buat ialah ‘move on’ kan?

Mana taknya, selalu contact pasangan tu keluar bersama semua, tapi bila dah break memang terasa lagi and payah nak ‘move on’. So, ini adalah perkara-perkara yang perlu kita elakkan lepas putus cinta.

1. Jangan lakukan perkara yang melulu.
Lepas dah ditinggalkan oleh ex kita tu, janganlah kita buat kerja yang tak masuk akal. Sebagai contoh mencederakan diri sendiri. Ish ish, takmo takmo. Sebaiknya kita pergi bercuti tenangkan diri. Haa

2. Jangan menagih simpati.
Ye tahu korang tengah sedih, tapi janganlah nak menagih simpati dekat semua orang. Nanti orang cakap korang ni lemah apa semua. So better korang luahkan kesedihan korang ni dekat seorang kawan baik korang je. At least dapat lepaskan dan buktikan yang korang boleh hidup tanpa ex korang tu! Yeah!

3. Jangan update sebarang status di laman sosial.
Benda paling penting, jangan sesekali update status dekat laman sosial bila kita sedih. Ini pon dah nampak dah yang kita ni macam tak boleh hidup tanpa si dia. Jangan! Kita buat cool je okay!

4. Tak perlu kerap contact dia.
Ni yang sering korang buatkan? Sebab rindu dengan si ex tu. Tapi sebaiknya jangan lah contact dia, takut dia rimas nanti. korang relax je, sebab mana tahu dalam korang jauhkan diri dari dia, dia pulak yang rindu korang. Haa padan muka dia! Haha

5. Tak perlu jadikan dia best friend
Tak salah pun nak jadikan ex kita tu kawan baik kita. Tapi kita ni, boleh ke terima kalau dia dah ada pengganti? Haa mesti tak kan. So, eloklah kita jauhkan diri dari ex kita tu.

Sumber: hanasuva

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Sensasi Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna & Siti Nordiana Tertiris

Salman Khan | 19

Khas Vaisakhi, Filem Romantik Komedi Punjabi bertajuk Goreya Nu Daffa Karo