in , ,

Pengalaman Menarik & Suspen di Acara TUDUM Anjuran Netflix di Singapura

Seronok betul apabila menerima email jemputan daripada Netflix Malaysia dua minggu lalu. Yelah, siapa yang tak happy kalau dapat jemputan dari platform penstriman video terkemuka macam Netflix kan? Untung-untung dapat travel dan jumpa pelakon antarabangsa. Rezeki terpijak orang kata! Jom baca pengalaman Budiey semasa mengikut acara TUDUM ini di Singapura!

Apatah lagi apabila jemputan ini berkenaan dengan TUDUM! Bergandalah keseronokan itu! Takdelah macam dapat jemputan macam dalam filem THE INVITATION tu, pergi ke banglo berhantu tup-tup kena hadap macam-macam benda. 

Honestly, ‘Invitation’ ni sememangya ditunggu saban tahun. Kalau ajak untuk media junket, selalunya Budiey takkan fikir dua kali! Terus cakap, YES! Proceed! Gitu!

Yeah! Siapa yang tak rasa nak melompat selepas dapat tahu sekali lagi Budiey dijemput untuk ke Singapura untuk mengikuti Media Junket TUDUM ni yang semua orang tahu, saban tahun akan ada kejutannya yang tersendiri! 

Yang penting, korang perlu tahu pasal TUDUM, jika korang subscribe Netflix! Budiey pun baru tahu asal usul TUDUM tu dari mana. Kalau korang perasan Tudum tu bunyi semasa introduction atau pembukaan semasa bermulanya sesuatu filem atau drama di Netrlix. 

Yang paling mengujakan apabila Budiey mendapat tahu trip ke Singapura ini melibatkan ramai sekali influencers termasuklah Youtuber, Tiktoker, Instafemes terkenal turut dijemput untuk berada kat sana! 

Orang kata, selepas pandemik melanda dunia, inilah masanya untuk kami berkongsi cerita dan saling menimba pengalaman. Pendek kata media dan influencer yang datang tu semuanya memang ramai pengikut dan terkenal semuanya. Rata-rata memang ada keunikan tersendiri dari segi penyampaian content. 

Untuk pengetahuan, acara ‘hangout’, ringkas dan santai ini berlangsung selama dua hari sahaja 15 dan 16 September. Tapi difahamkan kali ini tiada selebriti atau pelakon dari Hollywood ke Korea ke untuk memeriahkan suasana. Argh… kenapa tidak ada appearance dari bintang filem ke drama ke? 

Mungkin kali ini, kita tonton sahaja apa yang terhidang di Youtube masa 24 September nanti. Cuma kitorang akan hangout sesama kitorang untuk bikin content dengan diberikan tema mengikut drama siri dan filem yang ditayangkan di Netflix. 

Kalau nak sebut kat sini drama mana atau filem mana yang paling best kat Netflix, Budiey rasa korang semua sedia maklumlah drama atau filem yang mana kan? 

HARI PERTAMA (15 SEPTEMBER 2022)

Budiey terbang dengan MAS ke Singapura pada jam 12.25 tengahari. Dah lama betul tak terbang. Seingat Budiey ini kali pertama Budiey terbang selepas pandemik Covid-19. Jadi, nak masuk Singapura ada beberapa procedure kena dipatuhi. Tak macam dulu la kan. Tapi rasanya perlahan-lahan dunia akan bebas daripada cengkaman Covid-19 ni. Dengar ceritanya, kat Singapura dah tak yah pakai mask lagi dah. Wow! Best bukan?

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Jam 3 petang, Budiey sampai di Marina Bay Sands di mana menjadi hotel penginapan kami selama di Singapura. Walaupun ini bukan kali pertama, Budiey stay kat sini, tapi rasa excited tu memang tak dapat nak elak lagi. 

Disambut dengan senyuman manis daripada PR yang menjaga kebajikan kami iaitu Vivien yang sentiasa memastikan segala urusan kami berjalan dengan lancar. 

Sementara menunggu Tudum Welcome Dinner pada malamnya, Budiey sempat tour dan jalan-jalan sekitar hotel mewah bertaraf lima bintang ini. Semua orang tahu, Marina Bay Sands adalah sebuah hotel yang cukup ikonik di Singapura. Malah, hotel ini menjadi mercu tanda yang simbolik dengan kemewahan yang ada di sini. 

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Cakaplah apa sahaja yang korang nak, semua ada tersedia di hotel ini. Paling menarik yang Budiey tak pernah lagi kunjungi adalah Apple Store yang terletak betul-betul berhadapan dengan Marina Bay Sands. Apatah lagi sekarang ini, orang tengah hangat perkatakan tentang iPhone 14 yang baru sahaja dilancarkan. Wajib ke sana sebelum balik ke Malaysia! Ramai orang penuh sesak kat sana.

Oh ya! Paling wajib juga, memang tak sah kalau tak pergi ke rooftop di mana kita boleh mengecapi pemandangan petang yang sangat indah. Kolam renang infiniti sememangnya menjadi ikonik dan essential bagi semua yang menginap kat sini. 

By the way, kepada kalian yang belum tahu pasal TUDUM, ia adalah sebuah acara yang dianjurkan buat seluruh peminat global Netflix yang paling ditunggu-tunggu. Diulangi ya, ia ada sebuah event fan global! Maknanya seluruh dunia akan menunggu untuk menonton TUDUM ni. Netflix buat khas acara ni sebagai tanda terima kasih kepada seluruh penonton setia yang tak jemu berikan sokongan. 

Nah! Sekarang kita cakap pasal apa content menarik dalam Tudum tu nanti. Dalamnya ada berita eksklusif, rakaman, treler dan penampilan pertama yang tidak pernah dilihat, serta temu bual dengan bintang dan creator terkenal Netflix. Ianya disajikan secara percuma selama 24 jam untuk you gais!

Khabarnya ada lebih 120 rancangan, filem, istimewa dan permainan games kegemaran peminat dari seluruh dunia. 

Pada 24 September, Tudum akan merentasi empat benua dengan lima acara, membawa peminat mengembara ke seluruh dunia

Sebelum ini, acara maya global Tudum ini telah menggamit lebih 25 juta tontonan daripada peminat Netflix di 184 negara di seluruh dunia tahun lepas.

Excitement Tudum kali ini lain macam! Sebab banyak sekali drama dan filem buat kita bersengkang mata mengadap TV.  Apa yang menarik Tudum kali ini gais? Nah! Baca ni sampai habis okay! 

Setelah melihat senarai program Tudum yang diatur khas dan juga kemunculan para selebriti dan pelakon, nampaknya boleh Budiey anggap Tudum edisi 2022 wajib ditonton untuk anda semua!

Tudum akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube rasmi Netflix pada 24 dan 25 September dalam 29 bahasa, menghimpunkan bintang dan pencipta terbesar dunia untuk berkongsi keajaiban hiburan.

Semestinya yang paling menjadi tumpuan adalah Tudum Korea, khusus untuk kandungan K yang pasti memikat dunia, akan menjadi acara pertama distrim pada 24 September jam 10:00 pagi MYT // 11:00 pagi KST di saluran YouTube Netflix.

SAKSIKAN TRAILER TEASER TUDUM KOREA DI SINI

TUDUM WELCOME DINNER

Usai mentari sore menghilang dalam bayangan awan gemarwan, dunia terus bercahaya dalam remang lampu neon. Malam itu, kami diraikan dalam satu acara makan malam santai di Spago, sebuah restoran yang terletak di lantai 57, rooftop Marina Bay Sands. 

Suasana tetap hangat dengan senyuman terukir daripada semua wakil media dan infleuncer. Budiey sempat bertemu dengan beberapa orang Youtuber yang Budiey kenali dari Thailand. Antaranya Jerry Productions yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Youtube.

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Kagum betul dengan Jerry yang dah ada team yang mantap untuk menerbitkan video tentang ulasan dan reaction filem. 

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
Kat acara macam nilah nak kenal orang-orang kuat dari Netflix.

Budiey juga sempat berkenalan dengan beberapa orang media dan wakil dari Facebook dan Instagram daripada Indonesia. Alang-alang duduk semeja tu kan, inilah masa untuk bertukar fikiran dan berborak santai tentang dunia sosial media masa kini kan?

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Acara makan malam ini diserikan lagi dengan kehadiran Vice-President of Public Relations, APAC, Netflix yang turut kasi ucapan sepatah dua kata untuk mengalu-alukan kedatangan semua media. 

Makanan semua sedap dan sangat unik! Makan kenyang sebelum kami pulang. Oh ya, kami juga ada beberapa slot untuk bikin content yang dirakam oleh produksi dari team Netflix. 

Setelah kenyang, apa lagi, kami pulang ke kamar untuk berehat untuk menantikan kehadiran hari kedua yang lebih seronok di mana kami akan ke pejabat Netflix cawangan Singapura.

Okay sebelum tu, Budiey nak cerita sedikit tentang Tudum Korea!

Setelah melihat keseluruhan, nampaknya inilah yang diharapkan daripada acara Tudum Korea:

Choi Min-ho dari siri akan datang The Fabulous dan Cho Yi-hyun dari All of Us Are Dead akan menjadi tuan rumah acara tersebut.

Barisan baharu siri, filem dan rancangan pelbagai, termasuk siri komedi romantik The Fabulous, sebuah kisah tentang belia yang mengejar impian, cinta dan persahabatan mereka dalam industri fesyen, dibintangi oleh Chae Soo-bin dan Choi Min-ho.

Pratonton eksklusif Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 2 dan Inferno Single: Musim 2.

Pengarah pemenang anugerah Emmy Squid Game Hwang Dong-hyuk akan membuat penampilan istimewa… bersama-sama dengan kejutan di lengan bajunya.

Jadi, jangan lupa tandakan kalendar anda! Tudum Korea akan disiarkan secara langsung pada hari Sabtu, 24 September jam 10:00 pagi MYT // 11:00 pagi KST di saluran YouTube Netflix.

Untuk kemas kini terkini tentang Tudum, pergi ke halaman acara rasmi DI SINI.

Jangan ketinggalan kelima-lima rancangan dalam acara peminat global ini. Tetapkan Peringatan YouTube anda sekarang untuk 1:00 pagi MYT 25 September // 10:00 pagi PT 24 September.

Sebagai tambahan kepada treler, kami akan memperkenalkan barisan All-Star empat imej yang menonjolkan bakat dan gelaran yang ditampilkan di Tudum.

Grafik ini adalah platform yang dioptimumkan untuk Twitter dan Instagram dan disetempatkan untuk wilayah.

HARI KEDUA (16 SEPTEMBER 2022)

Bangun awal pagi untuk menikmati sarapan. Kemudian, terus berkumpul di lobby. Kami terus menaiki kereta yang dikhaskan untuk ke ibu pejabat Netflix Singapura. Wajah masing-masing sememangnya menzahirkan rasa teruja. Yelah, kebanyakan daripada kami adalah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. 

Seronok betul kalau dapat kerja di sini sebab suasana dia sangat ohsem. Makanan pun banyak kat sini, tak payah fikir nak makan kat luar. Siap dengan bilik untuk release stress dan tenangkan minda atau untuk mencari idea. 

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Melangkah ke pejabat Netflix, dekorasinya sangat menawan hati kami. Bertemakan filem dan drama-drama yang pernah meletop di Netflix seperti Stranger Things, Money Heist, Alice in Borderland dan banyak lagi. 

Dalam masa 2 jam di Netflix Office Tour, kami mengambil peluang berharga untuk bikin content. Masing-masing ada angle tersendiri. Sebelum balik hotel, kami makan tengahari. 

EMILY IN PARIS GLAM SALON

Sementara menanti semua bersiap, Budiey turun awal di lobby dan mendapati ada beberapa orang lelaki memakai kostum dari filem Money Heist.Suspen juga sebab ramai tertanya, apa yang akan kami tempuhi pada malam nanti? Adakah ada kejutan dari Netflix atau sebaliknya?

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Jam 5 petang, kami ke satu lokasi untuk dimake-over oleh penata rias dan jurumekap. Dengan tema yang telah pun ditetapkan iaitu Emily in Paris, kami pun melaramlah dengan pakaian serta aksesori yang telah pun disediakan. Yang lelaki takdelah sangat nak melaram sebab watak dia macamana la sangat kan. Yang perempuan tu semua sesuai dengan tema macam ni. 

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Setelah ditatarias, kami kemudian dibawa ke Mandalay Club. Sebuah kelab yang sangat eksklusif di Singapura. Di sana, kami hangout dan bikin ‘content’ di beberapa booth yang telah disediakan. 

Tidak dilupakan, kami juga menikmati makanan dan pemanis mulut yang sedap-sedap kat sini.

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura
Pengalaman Bersama TUDUM Anjuran Netflix di Singapura

Pelbagai aktiviti juga ada di sini. Tengok gambar kat bawah ni, Hani dari Radio Era turut berpeluang untuk bermain kasut roda ala-ala dalam cerita Stranger Things gitu kan? Nasib baik mereka ni pakar sebab dah biasa main kasut roda. Kalau Budiey cuba ni, tak tahu la apa akan jadi?

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Malam itu ibarat pesta melaram bagi semua yang hadir sebab mereka datang dengan pakaian yang glamor! Untuk menonton video pendek, korang bolehlah ikuti selanjutnya di Instagram Budiey dan juga di Youtube Budiey Channel. 

Jam 10 malam, Budiey pulang ke hotel. Sesampai di bilik, Budiey menerima satu bingkisan suprise daripada Netflix. dapati ada satu beg eksklusif yang unik dengan tertera perkataan TUDUM. Setelah unboxing, rupanya goodie bag ini berisi mini projector yang kecil dan comel.  Jadi, kalau dah ada mini projektor ni, bolehlah menonton program TUDUM yang dianjurkan oleh Netflix, kan?

TUDUM NETFLIX DI SINGAPORE

Peraduan Menang Hadiah Eksklusif TUDUM 

Budiey ada satu hadiah goodie bag TUDUM yang eksklusif untuk dihadiahkan. Anda cuma perlu menjawab tiga soalan di bawah ini.

  1. Ceritakan apa yang korang faham tentang TUDUM?
  2. Di hotel manakah Budiey tinggal semasa Budiey mengikuti program TUDUM di Singapura?
  3. Bilakah berlangsungnya TUDUM ?

Drama/filem kegemaran saya di Netflix ialah…. (tidak lebih dari 100 perkataan)

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Peraduan Menang Hadiah Eksklusif TUDUM – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 September 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

TANDA KALENDAR ANDA SEKARANG!

Pada 24 September, Tudum akan merentasi empat benua dengan lima acara, membawa peminat mengembara ke seluruh dunia:

Pada 10:00 pagi MYT / 11:00 pagi KST (7:00 malam PT 23 September), Tudum bermula dengan persembahan menarik dari Korea.

Pada 1:30 pm MYT / 11:00 am IST (10:30 pm PT, 23 September), peminat akan dilayan dengan pandangan yang menyeronokkan tentang apa yang akan datang dari India.

Pada 1:00 pagi MYT 25 September (10:00 pagi PT 24 September), Tudum bermula sebagai pertunjukan dua bahagian dengan Bahagian 1 dari Amerika Syarikat dan Eropah, dan Bahagian 2 pada 11:30 pagi PT daripada bahasa Latin Amerika, termasuk kejutan dari negara lain.

Pada 12:00 pm MYT 25 September / 1:00 pm JST 25 September (9:00 pm PT 24 September), bintang kami dari Jepun akan menutup Tudum dengan sambutan hiburan Jepun kami.

DI MANA?

Tudum: Acara Peminat Global Netflix akan tersedia di seluruh saluran YouTube Netflix di seluruh dunia dalam 29 bahasa berbeza, termasuk YouTube.com/Netflix. 

Lawati tapak peminat rasmi Netflix, Tudum.com/event, untuk berita terkini daripada acara peminat global ini, dan nantikan butiran tentang tajuk dan barisan selebriti kami pada awal September. 

Tandai kalendar anda sekarang untuk 24 September!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HARITH ISKANDER DR JEZAMINE

Harith Iskander & Dr Jezamine Lancar Siri AEMIS, Bantu Tangani Tekanan

“Aspek Kepimpinan Adalah Kunci Mengembangkan Bisnes,” – Dr. Azizan Osman