in

Harga Samsung Galaxy Note 10.1 di Malaysia

SATU LAGI TAWARAN HEBAT DARI MAXIS UNTUK AHLI-AHLI MAXIS ONE CLUB

• Maxis terus memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan Samsung Galaxy Note 10.1 terbaru dari harga serendah RM699 untuk ahli Maxis One Club
• Maxis memberi pelanggan akses mudah kepada peranti inovatif yang menyampaikan penyelesaian yang canggih
• Pelanggan akan menikmati pengalaman yang lancar melalui liputan rangkaian tanpa wayar terkemuka dari Maxis dan keupayaan akses berkelajuan tinggi

Hanya tiga bulan selepas tawaran hebat untuk Samsung Galaxy SIII dan iPhone 4S untuk ahli Maxis One Club (MOC), Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, menawarkan satu lagi tawaran menarik untuk mereka – iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 terbaru dari harga serendah RM699.

Tawaran ini boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, dan adalah sah sehingga 30 September. Bersama-sama dengan peranti ini, Maxis juga memberi akaun Loker percuma dengan 25GB ruang simpanan awan peribadi yang membolehkan pelanggan menyimpan dan mengakses semua kandungan digital peribadi mereka dengan selamat dan secara lancar melalui Maxis Cloud.

Harga Runcit Samsung Galaxy Note 10.1 D

“Di Maxis, kami menghargai kesetiaan pelanggan dan memastikan bahawa ahli MOC kami adalah keutamaan dalam memberi tawaran yang terbaik. Tawaran kami sebelum ini untuk telefon pintar telah menjana kegembiraan dan sambutan sangat menggalakkan! Sekarang, kami meneruskan program ganjaran kami dengan menawarkan satu lagi tawaran menarik untuk tablet yang inovatif. Ini jelas menunjukkan komitmen berterusan Maxis dalam penawaran kelebihan dan ganjaran untuk ahli MOC yang dihargai sejak program MOC diperkenalkan 10 tahun yang lalu,” kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.

“Tablet, khususnya, sudah menjadi alternatif yang popular untuk pelbagai fungsi, sama ada kerja, riadah atau hiburan. Ia semakin menjadi alat pilihan bagi mereka yang sentiasa dalam perjalanan kerana keupayaannya dan kemudahan yand diberikan. Dengan tawaran ini, di mana ahli-ahli MOC akan menjadi yang pertama untuk menikmatinya, kami pada dasarnya menyediakan pelanggan setia akses mudah untuk peranti inovatif yang menyampaikan penyelesaian yang canggih dengan menawarkannya pada harga yang berpatutan. Selain itu, melalui liputan rangkaian tanpa wayar terkemuka kami dan keupayaan Akses Berkelajuan Tinggi yang paling luas dan terpantas di negara ini, pelanggan kami akan dapat menikmati pengalaman yang lancar apabila menggunakan peranti mereka,” kata Suren.

Sebagai pelabur rangkaian yang terbesar di negara ini, Maxis telah melabur sebanyak RM3.7 bilion dalam perbelanjaan modal sejak tiga tahun yang lalu, dan ini telah manghasilkan liputan penduduk sebanyak 95% untuk 2G dan 81% untuk 3G berkelajuan tinggi. Kini, 3,400 daripada 5,200 tapak 3G Maxis dilengkapi dengan keupayaan 42Mbps, dan Maxis juga telah membina keupayaan untuk pelancaran LTE yang cekap.

Pilihan Pelan Harga Maxis untuk Samsung Galaxy Note 10.1

Harga Runcit yang Dicadangkan: RM2,199

Harga MOC:  RM699 RM128 (6GB + RM30 masa bercakap) x 24 bulan Tiada Bayaran Dahuluan

Harga MOC:  RM999 RM98 (3GB + RM30 masa bercakap) x 24 bulan Tiada Bayaran Dahuluan

Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club.

Galaxy Note 10.1 dilengkapi dengan fungsi dan ketepatan pen dan kertas pada paparan besar berukuran 10.1 inci, yang menyediakan kemungkinan untuk meningkatkan kreativiti, produktiviti dan kebolehan pembelajaran pengguna. Mempunyai pengalaman pengguna intuitif dan pemproses quad-core 1.4GHz dan RAM 2GB untuk prestasi yang dipertingkatkan, Galaxy Note 10.1 direka untuk memudahkan pengguna menangkap idea, mengakses maklumat, dan menjalankan pelbagai tugas, menjadikan setiap aksi ini lebih mudah dan cepat. Peranti ini juga menyampaikan pengalaman hiburan premium sama ada menonton video, filem atau bermain permainan.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc

Mengenai Maxis Berhad
Maxis Berhad adalah peneraju dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.8 bilion pada tahun 2011 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan – melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis merupakan syarikat pertama yang mengkomersilkan perkhidmatan mudah alih 3G di Malaysia dan memiliki rangkaian mudah alih terluas dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 81% di seluruh negara.

Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk tersenarai sebagai syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2010 dan Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan ‘Impak Positif’, memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Dalam Hati Lakonan Remy Ishak & Dira

Berita Ning Baizura Sah Hamil