in ,

Berita Ning Baizura Sah Hamil

Ini berita terbaru yang Budiey terima, Ning Baizura telah mengesahkan dirinya hamil anak pertama. Patutlah badan Ning budiey tengok semakin berisi sikit.

Tahniah Budiey ucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura. Akhirnya akan dapat baby jugalah nantil. Berita ini dipetik dari Portal Murai di mana Ning Baizura telah mengakui diri telah hamil 3 bulan dan satu sidang media akan dibuat tak lama lagi bagi mengumumkan berita ini.

Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

DSC_0044
Tindakan diva soul, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara “Guinness Arthur’s Day” yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara telah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak, khususnya di kalangan fans dan peminat dunia seni hiburan yang selama ini telah menyokong serta mengikuti perkembangan seni nyanyian dan lakonannya selama ini.

Terharu dengan pelbagai pujian serta maklum balas yang positif, Ning Baizura berkata, dia amat bersyukur kerana peminat telah menyokong 100 peratus tindakannya itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya juga amat berdiri teguh dengan pendrian saya untuk tidak mahu mempromosikan sesuatu yang menyalahi agama.

“Sekali lai, terima kasih peminat kerana menyokong serta menghormati keputusan saya,” katanya kepada murai.com.my.

Ning Baizura yang baru saja tampil di Malam Gala filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki di GSC Pavilion malam tadi turut beraksi dengan memperdengarkan lagu tema Lagenda Budak Setan 2, Dia Sejati.

Dia juga bakal mengadakan sidang media tentang kehamilannya pada minggu depan. Sumber: Portal Murai 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harga Samsung Galaxy Note 10.1 di Malaysia

Perbankan Online Kelebihan Gaya Hidup Moden