in ,

Restoran Terkenal Subang Jaya Didakwa Hidang Mi Kari Dengan Daging Babi?

Sebuah restoran terkenal di Subang Jaya diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor selepas disyaki menggunakan bahan tidak halal.

Difahamkan, KPDNHEP memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam di restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Menerusi laporan BERNAMA, Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.

Mi Kari BABI

“Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.

“Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. 

“Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mi Kari BABI

Tambah Muhamad Zikril Azan, turut disita semasa pemeriksaan itu adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

“Pengurus premis memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.

“KPDNHEP Selangor akan terus memantau serta memeriksa bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan selain menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini,” katanya.

Sumber : BERNAMA
Gambar : Astro Awani/ PEXELS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peroleh Undian Lebih 22 Juta, Haqiem Rusli Julang Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33

Penuh Kejutan! Ini Senarai Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular Ke-33