in , ,

Hanya Salah Faham Dan Nafi Sindir, Neelofa Ikhlas Mahu Bantu ‘Abang Burger’

Semalam, nama Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas dirinya dan keluarga telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana pelanggaran SOP ketika majlis perkahwinannya dan juga atas kesalahan merentas negeri.

Akan tetapi, Neelofa yang memuat naik gambar burger di Instastory miliknya mengundang kemarahan netizen kerana dirinya seolah-olah menyindir peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa.

Ini kerana, gambar tersebut dimuat naik selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan denda yang dikenakan terhadap dirinya dan keluarga, lalu netizen menganggap Neelofa sengaja mahu mengalihkan perhatian selepas melakukan kesalahan dan didenda.

Neelofa

Menyedari perkara itu menimbulkan salah faham, Neelofa telah memadam gambar yang dipercayai diperoleh menerusi enjin carian Google dan menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, beliau hanya berhasrat membantu peniaga itu bukannya menyindir dan memuat naik bukti paparan skrin perbualannya.

Neelofa

Untuk pengetahuan anda, isteri peniaga burger tersebut, Norlaili mengesahkan menerima panggilan daripada peguam Neelofa pada jam 5.30 petang semalam memaklumkan selebriti popular itu mahu membayar jumlah kompaun dikenakan terhadap mereka.

Neelofa
Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 15

Tidak Mampu Bayar Kompaun RM50,000, Peniaga Di Kelantan Ini Rela Kedai Runcit Disita

Adib Haziem | 16

Adib Haziem Teruja Berkawan Dengan Kambing Yang Boleh Bercakap!