in ,

Tidak Mampu Bayar Kompaun RM50,000, Peniaga Di Kelantan Ini Rela Kedai Runcit Disita

Sejak akhir-akhir ini isu melibatkan kompaun kepada individu yang melanggar SOP kembali panas dan menjadi bualan netizen.

Jika sebelum ini terdapat peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 gara-gara masih membuka gerai selepas jam 10 malam, situasi yang hampir sama turut terjadi kepada peniaga kedai runcit ini.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Mansah Marjurin selaku peniaga kedai runcit di Kota Bharu ini meluahkan kekesalan selepas dikompaun RM50,000meskipun sudah menutup kedainya pada jam 10 malam.

Tidak Mampu Bayar Kompaun RM50,000, Peniaga Di Kelantan Ini Rela Kedai Runcit Disita

Difahamkan premisnya sudah ditutup mengikut waktu yang ditetapkan walau bagaimanapun terdapat saudara isterinya yang datang pada ketika itu di mana mereka saling berborak. Pintu kecil yang dibuka untuk anak-anaknya keluar masuk menjadi isu buat pihak polis untuk mendakwa beliau tidak mengikut SOP waktu operasi premis.

Mengulas mengenai kompaun RM50,000 yang dikenakan, beliau mengakui tidak mempunyai wang untuk membayar kompaun serta rela untuk memberikan kedai runcitnya sebagai ganti.

Lebih menyayat hati, rumahnya yang didiami keluarganya juga sudah tertunggak tujuh bulan manakala keretanya pula telah ditarik pihak bank sejak PKP berlangsung.

Beliau juga turut mengakui masih lagi dalam keadaan terkejut dengan jumlah kompaun yang diterima serta bakal tampil membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam masa terdekat.

Dimaklumkan isu ini sudah mendapat perhatian Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang memaklumkan pihaknya telah mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CINTA TERAKHIR Langkah Awal Untuk Aman Nassim Cipta Nama di Pasaran Indonesia

Hanya Salah Faham Dan Nafi Sindir, Neelofa Ikhlas Mahu Bantu ‘Abang Burger’