in ,

Hanez Suraya Gagal Lupakan Awi Rafael

[dropcap]P[/dropcap]elakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir. Biasalah tu, mesti banyak kenangan manis masih lagi bermain dalam fikiran. Bak kata lagu Bahagiamu Deritaku dari Hafiz, “Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima…”

Sudah tentu bagi Hanez, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini. Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.”

Hanez berkata selepas kembali solo sejak sebulan lalu, masanya banyak dihabiskan pada kerja. Malah gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini belum terbuka hati untu mana-mana lelaki buat masa ini.

“Alhamdulillah, tak banyak beza sangat. Hanez sekarang lebih sibuk dengan lepas satu, satu penggambaran. Dulu pun sebenarnya sibuk juga, cuma sekarang dah takde lagi peneman, dah tak ada orang call.

Dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

“Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.”

Bagaimanapun, jelas Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.

“Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya.”

Hanez bakal muncul dengan drama bersiri pertama terbitan laman Tonton iaitu Autumn Di Hatiku yang mula bersiaran Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari. Sumber: Mstar Online

Hanez Suraya (Sedetik Cinta) 2-001

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil Sahkan Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki

Drama Bersiri Teduhan Kasih Ada 3.2 Juta Penonton