in , ,

Zarina Zainuddin Jadi Mangsa Berita Palsu Dikatakan Meninggal Dunia

Pelakon popular, Zarina Zainuddin telah berkongsi tentang paparan satu berita palsu yang menjadi viral membabitkan dirinya.

Menerusi perkongsian di posting Instagram miliknya, berita tersebut memaklumkan bahawa Zarina telah disahkan meninggal dunia.

“Assalamualaikum Saya tengah shooting pagi ni dapat berita ni .. tolong doakan semuga saya panjang umur dan murah rezeki ..
“Anak saya Azal berada di Compas One ,Sengkang Square ,Singapore dia jaga booth pulut saya .. semuga Azal tabah dan kuat berada di Singapura,”

– ZARINA
Zarina Zainuddin Jadi Mangsa Berita Palsu Dikatakan Meninggal Dunia

Dalam pada itu, segelintir rakan-rakan artis dan peminat meluahkan rasa terkejut dengan paparan berita palsu tersebut dan mengatakan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah, rata-rata turut mendoakan agar pelakon berkenaan dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahkamah Singapura Tidak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

W Hotel Kuala Lumpur, Jalan Ampang

Edgy, Berani & Seronok, Ini Ulasan W Hotel Kuala Lumpur, Jalan Ampang