in

Hairul Azreen Buka Tirai Majalah Glam Lelaki Tahun 2019

Badan yang sado berketul kekar dan pesona wajah maskulin menjadi tarikan paparan muka depan majalah Glam Lelaki untuk bulan Januari 2019. Majalah Glam Lelaki bulan ini mengajak pembaca mengenali kisah dan cerita inspirasi dunia selebriti bernama Hairul Azreen.

Pelakon filem Paskal The Movie, Hairul Azreen dipilih untuk menghiasi cover majalah yang ditujukan khas buat bacaan lelaki. Pastinya ini semua kerana kejayaan memegang watak komando bernama Arman dapat diterima oleh penonton. Sehingga membuatkan isterinya, Hanis Zalikha menangis selepas menonton Paskal The Movie di malam gala.

HAIRUL AZREEN

“Di sini kita tidak ada masa untuk diberi enam bulan untuk pasang badan untuk membawa watak-watak tertentu. Kerana itu saya sentiasa menyiapkan diri, buat latihan bina badan, kekalkan stamina dan ini memudahkan saya apabila dilamat penerbit,”

– Hairul Azreen (Majalah Glam Lelaki)

Mahu baca catatan dari pengarang majalah ni, bolehlah cari kat toko buku atau sekarang dah boleh baca secara digital ya.

Menurut artikel yang disiarkan, sesi photoshoot diadakan dua hari sebelum Hairul Azreen sekeluarga mahu terbang ke Mekah mengerjakan ibadah umrah.

“Bercuti adalah antara benda yang paling saya suka buat. Bukan sahaja sekarang, dulu masa belum mewah dengan rezeki, saya akan ambil masa berlibur dengan keluarga dan kawan. Tak perlu jauh-jauh, cukup sekadar berkelah mandi sungai.”

– Hairul Azreen

Dalam satu tahun, Hairul Azreen akan bekerja kuat sepanjang 11 bulan dan baki sebulan lagi adalah masa untuk keluarga. Tidak kira bercuti di luar negara atau pun dalam negeri, bulan Disember adalah bulan cuti dan merehatkan minda. Bulan rehat itu juga adalah peluang untuk menumpukan kepada keluarga. Family bonding. Selain masa itu juga dapat memberi ruang bagi diri sendiri, tubuh dan minta untuk berehat.

Dapatkan majalah Glam Lelaki untuk bacaan lanjut.

Hairul Azreen
Hairul Azreen
Hairul Azreen
Hairul Azreen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tanpa Pelamin, Majlis Resepsi Elfira Loy Tetap Meriah

BTS Artis Paling Banyak Distrim di Spotify di 2018