in , ,

Netflix Siar Trailer Rasmi & Poster Terbaru Filem RED NOTICE

Netflix bakal menayangkan sebuah lagi filem aksi dengan gabungan pelakon hebat berjudul RED NOTICE. Sebelum itu apa kata tonton dulu trailer filem ini.

Netflix telah melancarkan trailer rasmi RED NOTICE yang bergenre aksi, menampilkan gandingan pelakon hebat Dwyane Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot. Filem aksi ini dijadualkan tayangan pada 12 November 2021, eksklusif di Netflix.

Apabila Interpol mengeluarkan Notis Merah – waran tangkap tertinggi untuk memburu dan menangkap orang yang paling dikehendaki di dunia, profiler FBI John Hartley (Dwayne Johnson) mengetuai kes ini.

Pemburuan globalnya mendapati dia terperangkap di tengah-tengah rompakan yang paling berani di mana dia terpaksa bekerjasama dengan pencuri seni terhebat di dunia, Nolan Booth (Ryan Reynolds), untuk menangkap pencuri seni yang paling dikehendaki di dunia, “The Bishop” (Gal Gadot).

Netflix Siar Trailer Rasmi &Amp; Poster Terbaru Filem Red Notice

Pengembaraan hebat yang seterusnya membawa trio itu ke seluruh dunia, melintasi lantai tarian, terperangkap dalam penjara terpencil, ke dalam hutan, dan yang paling buruk bagi mereka, terus menerus berbalah antara satu sama lain. Menyertai barisan pelakon bintang adalah Ritu Arya dan Chris Diamantopolous.

Red Notice diarahkan dan ditulis oleh Rawson Marshall Thurber (Central Intelligence, Skyscraper) dan diterbitkan oleh Hiram Garcia, Dwayne Johnson dan Dany Garcia dari Seven Bucks Productions, Flynn Picture Co. dan Bad Version, Inc.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafreez Adam | 20

Hafreez Adam Hadiahkan Kereta Baru Jenis Honda HRV, Ini Reaksi Ibunya

Hafiz Zainal | 21

Dr Hafiz Zainal Tonjol Bakat Tulis Lirik Dalam Lagu TAK KIRA