in ,

Hafiz Suip & Adira Buat Persembahan di Konsert Kilauan Emas

Konsert minggu keempat yang bertemakan Retro & Pop Yeh Yeh pada minggu lalu menyaksikan dua penyingkiran telah diumumkan. JOI atau nama sebenar Jokepli Bin Hamdi, 50 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak serta MAYA atau nama sebenarnya Muhaiyah Harun, 55 tahun berasal dari Negeri Sembilan merupakan dua peserta yang telah diumumkan tersingkir pada minggu lalu. Nasib masih menyebelahi peserta otai SILVA kerana terselamat walaupun namanya diumumkan berada di kedudukan tangga tiga terbawah.

Pada jam 9 malam ini, akan berlangsung Konsert Kilauan Emas Musim 4 SEPARUH AKHIR di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dengan bertemakan Permintaan Radio & Duet, pastinya satu saingan sengit bakal dipamerkan.

Hafiz Suip

Budiey dikhabarkan ramai penghibur yang akan buat persembahan yang cukup untuk malam ini. Antaranya, Hafiz & Adira, Nubhan & Siti Nordiana, Hail Amir & Uji Rashid, Yantzen, Mus May dan Oney.

Siapakah di antara Ben, Nas, Zain, Nordin, Arip, Silva, Aziana dan Raida yang bakal memikat hati juri tetap iaitu Dato’ Haji Ramli MS, Ziana Zain & Dato’ Hattan?

Bagaimana pula dengan nasib 8 otai yang masih kekal pada minggu ini. Jangan lupa tonton!

Hafiz Suip

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey di SEA Premiere X-Men: Days of Future Past

Lebih 900 Peniaga Dah Mendaftar di Mega Bazaar 2014