in

Hafiz Hamidun Menang Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP

Budiey nak ucapkan tahniah kepada komposer dan juga penyanyi kerana telah menang Anugerah Komposer Muda di Anugerah MACP.

Hafiz Hamidun dan M. Nasir

Majlis Anugerah Perlindungan Hak Cipta Penerbit Muzik (MACP) telah berlangsung pada hari Jumaat lalu, di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Diadakan dengan tujuan menghargai pencapaian royalti tertinggi tahunan penerbit, komposer dan penulis lirik tempatan.

Semua penerima anugerah dinilai melalui kutipan royalti sepanjang tahun 2008-2009.

Bertemakan Bisnes Muzik Era Baru, ia bukan sekadar tertumpu pada majlis anugerah, tetapi membawa harapan besar agar satu revolusi diperkenalkan bagi meningkatkan kembali martabat industri muzik tempatan.

Sempena majlis anugerah itu, M Nasir berjaya membawa pulang Anugerah Komposer Terunggul kerana menjadi komposer yang menerima royalti tertinggi daripada MACP bagi pengagihan tahun ini. Sementara itu, Rosli Khamis atau lebih dikenali dengan nama penanya, Loloq menerima Anugerah Penulis Lirik Terunggul menerusi Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Tahniah kepada semua pemenang!

SENARAI PEMENANG MACP

Anugerah Nadi Cipta
– Omar Taib         

Muzik Malaysia CISAC-MACP 
– Datuk Freddie Fernandez dan Beh Suat Pheng  

Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak
– M Nasir
           
Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak  
– Rosli Khamis
          
Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak   
– EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd   

Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak 
– Luncai Emas Sdn Bhd          

Komposer Muda Berpotensi    
– Hafiz Hamidun
         
Lagu: Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi  
– Tong Hua. Ciptaan: Michael Wong Kong Leong
          
Lagu Luar Negara: Kategori Persembahan Terbanyak 
– Kekasih Gelapku. Ciptaan: Enda Ungu.     

Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak
– Aku Cinta Padamu. Ciptaan Rozman Shafie dan Norkhayati Mohd Hashim 

Lagu Cina: Kategori Persembahan Terbanyak       
– Kao An. Ciptaan: Lee Chee Cheng dan Teo Li Lian.   

Lagu Inggeris: Kategori Persembahan Terbanyak   
– Hey General. Ciptaan: Sasidharan Naidu A/L Chandran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Ke Tea Party Glow & Glamour

Sekitar Pelancaran Video Muzik Pendeta NAIZLE