in ,

Drama Grey’s Anatomy Musim ke-5 di NTV7

Musim ke-5 Grey’s Anatomy
Lebih drama dari barisan doktor kegemaran anda

Masa silam Derek? Siapa sebenarnya “McDreamy” sebelum digelar “McDreamy”?
Mampukah “McSteamy” menemui “McOne”?
Adakah Izzy mengalami gangguan mental?
Mungkinkah Addison kembali ke Hospital Seattle Grace?
Adakah Meredith akan berkahwin…dan dengan siapa?
Adakah Denny Duquette masih hidup?
Adakah Derek dan Addison akan kembali bersama?!

Menurut sebuah artikel dalam The Chicago Tribune pada 22hb Januari, musim terbaru Grey’s Anatomy ini akan memaparkan lebih ramai pesakit yang berjaya diselamatkan. Shonda Rhimes, penerbit executive untuk rancangan ini dan juga perintis kepada rancangan Private Practice, berkata beliau dan penulis skrip – juga merupakan penyokong Obama – berasa teruja dengan kejayaan Presiden Amerika yang baru, lantas memberi idea kepada mereka untuk menghasilkan jalan cerita menarik yang penuh dengan harapan dimana para doktor berjaya dalam setiap pembedahan yang dilakukan dan “lebih ramai pesakit terus hidup.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan untuk TV Guide, beliau berkata,

”Izzie (Katherine Heigl) berdepan dengan sebuah cerita cinta – dan ianya sebuah cinta yang rumit, sesuatu yang tidak dijangka dan tidak terfikir sebelum ini, sesuatu yang terlalu rahsia sehingga saya belum memberitahu sesiapa pun, termasuk penulis skrip.”

Mungkinkah ini bermaksud kemunculan anak perempuan Izzie yang diserahkan kepada keluarga angkat semasa beliau remaja?

Penerima Anugerah Golden Globe tahun 2007 untuk Drama Bersiri Televisyen Terbaik dan beberapa pencalonan untuk Anugerah Emmy termasuk Drama Bersiri Popular untuk dua tahun berturut-turut, Grey’s Anatomy telah masuk musim kelima dan buat julung kalinya akan bersiaran di Malaysia menerusi saluran ntv7 setiap Sabtu, bermula 7hb Mac 2009, jam 10.00 malam.

Katherine Heigl stars as Isobel

Ellen Pompeo stars as Meredith

Chyler Leigh stars as Lexie

Adakah “kebahagiaan selamanya” dapat dicapai oleh Meredith Grey dan Derek “McDreamy” Shepherd? Pengalaman yang diperolehi Meredith semasa rawatan terapi menyedarkan dia bahawa dia dan Derek mampu menjadi pasangan yang bahagia jika bersama daripada menjadi orang biasa jika berasingan. Meredith dan Derek sekarang berhadapan dengan segala dugaan yang  bakal dijalani pasangan komited.

Meredith, Cristina Yang, Izzie Stevens and Alex Karev yang menyambung tahun pertama sebagai residen di Hospital Seattle Grace berperanan sebagai mentor kepada doktor pelatih masing-masing termasuk adik tiri kepada Meredith, Lexie Grey. Lexie merupakan rakan sebilik George O’Malley yang juga tempat untuknya meluahkan segala rahsia dan perasaan. Selepas bercerai dengan Callie, berpisah dengan Izzie dan belajar dari kesilapan yang beliau gagal dalam ujian residen dengan hanya kurang satu markah, George O’Malley gigih untuk memperbetulkan semula kareer dan kehidupan peribadinya.

Selepas menjaga teman wanitanya, Rebecca, yang menghadapi gangguan mental dan memberitahu bahawa beliau pernah melalui perkara sama sebelum ini bersama ibunya sendiri, Alex cuba mencari ketenangan dalam pelukan Izzie. Alex perlu meneruskan bab yang sukar dalam hidupnya itu sama ada Izzie disampingnya atau tidak.

Cristina yang akhirnya dapat melepaskan diri dari mentornya yang tegas iaitu Erica, kembali menempa kareernya sebagai doktor bedah yang berjaya. Akan tetapi, adakah peluang untuknya menemui cinta baru dalam hidupnya?

Dengan galakan dari Mark “McSteamy” Sloan, Dr. Callie Torres mengambil peluang yang ada untuk bercinta dengan pakar bedah jantung, Erica Hahn; sekarang beliau dan Erica perlu bersemuka untuk mengetahui apa yang berlaku selanjutnya selepas peristiwa ciuman pertama mereka.

Ketua Residen, Miranda Bailey merupakan seorang yang tegas dalam menjaga residen-residen dibawah penyeliaannya. Berhadapan dengan masalah rumah tangga dan kesukaran untuk menyeimbangkan kerja dan kehidupan peribadi, Bailey menyerahkan tanggungjawabnya sebagai Ketua Klinik kepada Izzie. Begitu juga dengan Ketua Unit Pembedahan, Richard Webber, yang baru sahaja kembali bersama isterinya, Adele.

Doktor-doktor di Hospital Seattle Grace terpaksa berhadapan dengan isu hidup atau mati setiap hari – namun di antara satu sama lainlah mereka menemui kebahagiaan, persahabatan, dan adakalanya, lebih daripada persahabatan. Mereka mula menyedari bahawa perubatan dan hubungan persahabatan tidak boleh ditakrifkan secara hitam putih. Realitinya, dalam kehidupan ini sebenarnya tiada apa yang pasti.

Grey’s Anatomy dibintangi oleh Ellen Pompeo sebagai Meredith Grey, Patrick Dempsey sebagai Derek Shepherd, Sandra Oh sebagai Cristina Yang, Katherine Heigl sebagai Isobel “Izzie” Stevens, Justin Chambers sebagai Alex Karev, T.R. Knight sebagai George O’Malley, Chandra Wilson sebagai Miranda Bailey, James Pickens Jr. sebagai Richard Webber, Sara Ramirez sebagai Callie Torres, Eric Dane sebagai Mark Sloan, Chyler Leigh sebagai Lexie Grey dan Kevin McKidd sebagai Owen Hunt.

Grey’s Anatomy merupakan hasil karya Shonda Rhimes yang turut bertindak sebagai Penerbit Eksekutif siri berkenaan (Introducing Dorothy Dandridge). Betsy Beers (Casanova), Mark Gordon (Saving Private Ryan), Krista Vernoff (Law & Order), Rob Corn (Chicago Hope), Mark Wilding (Jake:2.0) and Allan Heinberg (The O.C.) juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk siri ini.

Luangkan masa anda di hujung minggu dengan menonton drama perubatan terbaik dari Hollywood di ntv7 setiap Sabtu, bermula 7hb March 2009, jam 10.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani

Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu