in ,

Gossip & Spekulasi Sebelum Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25

Ura-ura mengatakan Festival Filem Malaysia pada tahun ini tidak dianjurkan adalah tak benar kerana ssok, tanggal 22 Oktober 2012 menjadi tarikh penting di mana akan berlangsungnya Sidang Media Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25 FFM25 yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

FFM24

Sebelum ini, pihak penganjur, Finas mahu pun GAFIM langsung tidak menghebahkan apa-apa tentang perkembangan mengenari FFM25 tahun ini. Kemudian, dikatakan FFM tahun ini diadakan dengan keadaan tergesa-gesa atau dengan perkataan lain, asalkan ada. Jangan pula, anugerah ini diadakan secara paksa untuk mengelak dari dikritik oleh penggiat filem. Dengarnya, beberapa ahli jawatankuasa GAFIM tidak puas hati apabila tidak dimaklumkan tentang penganjuran FFM25. Malah, sidang media yang berlangsung esok tidak menjemput wakil dari Gafim. Kalau betullah khabar angin ini, Gafim tidak diajak untuk bersama dalam sidang media esok, ini sesuatu yang tak patut kerana hak penganjuran adalah milik Gafim dan selama ini Finas bekerjasama dengan Gafim untuk bersama sebagai penganjur.

Apa-apa pun, sama-sama kita tengok apa yang berlaku esok ya.

Pastinya esok, kita akan dapat tahu tentang tarikh sebenar penganjuran FFM25. Agal-agak bila ya? Kalau tak bulan November pastinya bulan Disember. Takkan bulan Januari kot. Masa dikatakan sangat suntuk kerana pihak penganjur hanya ada masa 2 bulan sahaja lagi. Jangan jadi kelam kabut sudahlah sebab semua perkara kena diselesaikan sebelum penganjuran termasuklah proses penyertaan, penjurian, seminar, tayangan dan acara pembukaan rasmi.

Khabar angin mengatakan FFM25 tahun ini akan berlangsung pada 30 Disember 2012. Jika benar spekulasi ini, maka staff Finas dan Gafim akan sibuk kerana dikerah tenaga untuk menganjurkan anugerah berprestij yang mengiktiraf kerja-kerja dalam proses pembikinan filem sepanjang tahun. Anugerah ini tidak boleh dibuat sembrono atau sekadar melepaskan batuk di tangga sebab perancangan yang rapi itu penting untuk kelancaran siaran langsung ini yang pastinya akan diperkatakan oleh ramai pihak termasuklah peminat dan pemerhati. Tambahan pula, ia adalah sambutan Jubli Perak FFM.

Budiey harap FFM25 dianjurkan dalam suasana aman tanpa kontroversi.

FFM

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Ziana Zain & Hattan Jadi Juri Vokal Bukan Sekadar Rupa