in ,

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin Suria Cinta

Majlis sepetang bersama Fan Dj Lin Cintamania & majlis ulang tahun Nazreen Asyran ke-9 telah berlangsung hari Ahad lalu, 14 oktober 2012.

Kepada pembaca yang belum mengenali beliau, Dj Lin merupakan penyampai yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM setiap Ahad – Jumaat ( 6 hari seminggu, 11 mlm – 2 pagi).

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Sebagai menghargai sokongan peminat, Dj Lin menerusi kelab peminatnya, Fan Dj Lin Cintamania telah menganjurkan majlis istimewa sempena meraikan ulang tahun anak lelaki beliau, Nazreen Asyran yang ke-9 bertempat di dewan Anjung Villa Condo, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Lebih 300 tetamu termasuk anak anak yatim dari Rumah Annajjah Malaysia, rakan artis, rakan media serta peminat dari seluruh malaysia hadir memeriahkan majlis yang diserikan penyampaian cenderahati kepada anak anak yatim, diikuti pelbagai aktiviti permainan menarik antaranya, makan paling pantas, pertandingan karaoke lagu cinta dan banyak lagi.

Menariknya tentang majlis ini, ia telah mendapat banyak tajaan antaranya, 300 burger bakar dari rawang burger bakar (rbb), 100 kotak ayam & kopi Radix sumbangan Radix Fried Chicken (rfc), 300 kotak air buah buahan Peel Fresh, 1000 cucuk sate Samurai Kajang, selain itu, Dualaris Event juga telah menaja meja & kerusi secara percuma untuk majlis ini. Majlis ini turut mendapat kerjasama daripada jamu mak dara dan ramai lagi.

Dj Lin merakamkan penghargaan kepada pihak media yang banyak menyokong kerjaya seni beliau dan menerusi publisiti yang diberikan juga membolehkan beliau mempunyai peminatnya tegarnya yang tersendiri dan halaman peminatnya di facebook di Dj Lin Suria Cinta Suria FM kini telah mencatatkan lebih 116 ribu peminat termasuk dari luar negara manakala blognya ‘fandjlincintamania.blogspot.com’ telah mencatatkan lebih 45 ribu pengunjung sementara Dj Lin yang baru saja membuka akaun twitternya iaitu @djlinsuriacinta kini berjaya mencatatkan lebih 6 ribu follower.

Menariknya juga tentang majlis yang berlangsung ini, Dj Lin memasak sendiri 4 menu utama iaitu soto & mee rebus selain bubur kacang hijau & bubur pulut hitam. Bagi lin, beliau begitu teruja untuk meraikan majlis yang akan diadakan ini dan buat pertama kalinya juga peminat boleh merasa air tangan dj lin dalam bidang masakan.

Kredit Photo: Tebu Photography

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Anugerah Skrin 2012

Gossip & Spekulasi Sebelum Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25