in , ,

Ziana Zain & Hattan Jadi Juri Vokal Bukan Sekadar Rupa

Ziana Zain & Hattan Jadi Juri Vokal Bukan Sekadar Rupa

Pencarian calon peserta berbakat untuk VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim kedua telah pun berakhir. Penerimaan masyarakat umum terhadap program realiti VOKAL, ternyata mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan apabila lebih seribu orang telah menghadiri sesi uji bakat VOKAL.

Ya, ramai yang nak tahu senarai peserta Vokal TV3 pada musim ini. Pada hari ini, persoalan mengenai siapakah peserta yang terpilih untuk berentap dalam gelanggang VOKAL bakal terjawab!

Selain daripada memperkenalkan barisan peserta VOKAL,  pada media juga akan berpeluang untuk beramah-mesra bersama juri tetap VOKAL musim kedua Ziana Zain dan Datuk Hattan serta melihat persembahan juara sulung program VOKAL, Asmidar. Musim ini, siapa pula agak-agak pemenang Vokal Bukan Sekadar Rupa ya?

Kalau musim lalu ada Erra Fazira, musim ini Ziana Zain pula menduduki kerusi panas sebagai juri. Ramai yang tertarik dengan pemilihan Ziana Zain dan Datuk Hattan sebagai juri. Pasti meriah dan happening jadinya bila kedua penyanyi otai ini disatukan untuk mengkritik peserta. Bayangkan…

Kalau menyanyi bkn shj perlukan kekuatan mental & suara. Motivasi pun nak kena ada juga!!

Budiey dengar juga, ada pertandingan karaoke untuk media yang hadir pada petang ini. Mmm… harap-harap pesertanya ada vokal, bukan sekadar rupa la ya.

Faizal Ismail masih lagi menggalas tugas untuk menjadi pengacara Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Komposer Azmeer & penyanyi dangdut Mas Idayu sebagai penasihat. Fidie Sani sebagai penasihat kesihatan, Ustaz Izi Haji Ali sebagai penasihat motivasi.

Vokal Bukan Sekadar Rupa akan disiarkan setiap Rabu jam 9.30mlm, emosi anda bakal diuji dengan vokal-vokal termantap di MALAYSIA!

Ziana Zain

Ziana Zain sebagai juri VOKAL

Hattan bersama Juri Tetap Erra Fazira & Azmeer

Hattan juga masih setia jadi juri Vokal.

Good luck buat semua peserta.

Gambar Sekitar Pelancaran Vokal Sekadar Rupa

ziana zain

TV3

TV3

TV3

Baca lagi berita yang dipetik dari GUa Malaysia:

Misi pencarian peserta program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (VOKAL) musim kedua kini berakhir. Selepas mengadakan sesi ujibakat sejak September lalu, 16 peserta berjaya dipilih dari lebih dua ribu orang yang hadir bagi mengorak langkah ke peringkat seterusnya.

16 peserta yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita ini kemudian akan berentap di belakang tabir selama empat episod bagi melayakkan diri mereka ke pentas konsert VOKAL. Mereka yang terpilih ialah Nasuha Azhari, Farah Nadeera, Noorhidayu Aiddah Johari, Shareen Fardianti Husin, Ema Fazuana Mehat, Marlleynney Fane J.L Paul, Nur Fatin Nabila Noorsazley dan Nur Nabilah Yusof.

Manakala peserta lelaki yang layak ke sesi pemilihan seterusnya ialah Hendry Francis, Mohd Firdaus Materang, Mohmad Yusof Ahmad, Mohammad Adlizan Baharudin, Abang Abd Hafidz Abang Bujang, Mohammad Ikrima Yahya, Mohammad Syahrul Mohammad dan Yussof Md Shah.

“Secara keseluruhan, dari pengamatan kami, 16 peserta kali ini memiliki kekuatan dan keunikan masing-masing. Dari segi kualiti vokal pula, dari segi purata ia adalah lebih baik dari musim pertama. Kesemua mereka tidak dikira peserta lagi kerana mereka akan berentap di hadapan juri dalam empat episod pertama sebelum hanya 10 hingga 12 sahaja yang bakal terpilih bagi bertanding dalam pusingan seterusnya,” ujar Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa ketika ditemui pada majlis sidang media VOKAL musim kedua di De Palma Inn Hotel, Shah Alam, petang Isnin.

Musim kedua VOKAL masih mengekalkan Faizal Ismail sebagai hos program manakala Mas Idayu dan Azmeer sebagai penasihat vokal dan persembahan. Sepanjang 10 episod, VOKAL turut menampilkan nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Ziana Zain dan Hattan selaku juri tetap.

Bagi menghangatkan lagi sesi pemilihan 16 peserta yang bakal berentap di belakang tabir, dua juri jemputan, Adibah Nor dan Siti Hajar akan menjadi juri bersama selama dua minggu pertama manakala Dato’ Haji Ramli MS dan Faizal Tahir akan menjadi juri jemputan dalam proses penjurian peserta lelaki. Selain itu, Profesor Izzi Haji Ali akan bertindak sebagai Penasihat Motivasi, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Faizal Lok-U sebagai Pengarah Muzik.

Untuk musim kedua, VOKAL masih mengekalkan format permarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Menariknya, jika musim lepas juara berjaya memenangi RM 50,000, namun kali ini hadiah lebih lumayan di mana juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 100,000 manakala naib juara RM 30,000.

Konsert pertama VOKAL akan bermula pada 24 Oktober ini, setiap Rabu, 9.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam manakala gelagat peserta membuat persiapan boleh disaksikan menerusi program VOKAL Rutin yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap Rabu jam 6.00 petang.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gossip & Spekulasi Sebelum Pelancaran Festival Filem Malaysia Ke-25

Review Bayview Hotel Georgetown