in , ,

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Adam AF2 yang selamat bernikah dengan Fiza Elite. Boleh dikatakan semua media seni hiburan pada hari ini tertumpu dengan berita gembira ini. Semua blog dan portal juga tak nak ketinggalan untuk menyiarkan berita Adam & Fiza nikah. Mungkin ini satu berita yang mengejutkan bagi segolongan peminat. Sebab tahu-tahu mereka bercinta dan terus kahwin. Senang citer.

Pada jam 10.30 pagi tadi (hari Khamis), dengan hanya sekali lafaz, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan Fiza Elite selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah yang cukup sederhana yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

 

Adam Teruja Jadi Suami Kepada Fiza Elite

[dropcap]B[/dropcap]ekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32 tahun, sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 tahun, dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap barangan untuk solat sebagai hantaran.

Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi Ahmad. Pasangan mempelai tampil memakai pakaian sedondon berwarna putih.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Adam, 30, dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga.

“Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya. Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah.”

Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat. Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.

Kredit Foto: Faisol Mustafa

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

One Comment

Leave a Reply
  1. satu upacara yang serba sederhana dan tidak memberatkan mana2 pihak yang amat dialu-alukan islam. Tahniah kepada kedua mempelai ini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Intan Ladyana

Drama Mencintaimu Lakonan Intan Ladyana

Samsung ChatON Reaches 100 Million Users