in , ,

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Mampu Milik Sekitar RM1,900

Google sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar bajet Pixel 5a 5G dengan harga mampu milik dalam RM1,900 sahaja. Murah bukan?

Telefon pintar terbaru Google ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 765G yang dilengkapi dengan ciri keselamatan terbina Titan™ M Security Module.

Paparannya pula menggunakan skrin OLED FHD+ (2400 x 1080) bersaiz 6.34 inci, 6GB RAM dan storan 128GB.

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Sekitar RM1,900.00

Ia juga dilengkapi dengan 2 kamera utama iaitu 12.2MP dan 16MP ultra lebar serta kamera hadapan 8MP. Kapasiti baterinya pula hanya sekadar 4620mAh dan disokong oleh pengecas pantas 18W sahaja.

Pilihan warna yang ditawarkan juga hanya satu sahaja iaitu Mostly Black.

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Sekitar RM1,900.00

Berikut adalah perbandingan antara Pixel 5a dengan model terdahulu Pixel 5 dan Pixel 4a yang dilancarkan lewat tahun lalu.

Untuk peringkat awal, hanya pengguna di A.S dan Jepun sahaja yang boleh membuat tempahan awal ke atas Pixel 5a 5G ini yang berharga USD449.00 (sekitar RM1,900.00).

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Sekitar RM1,900.00

Untuk info lanjut tentang spesifikasi Pixel 5a 5G ini, sila layari laman rasmi Google Store US.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Bakal Siar Filem Komedi HOME SWEET HOME ALONE

Kes Saman Siti Nordiana, Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah