in , , ,

Kes Saman Siti Nordiana, Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf menerusi media serta membayar RM500,000 setiap seorang.

Terbaru, peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak yang mewakili Syura, Lan dan Sheila mendedahkan mereka sudah pun memfailakn memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu dan dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Nana.

Siti Nordiana

Manakala dua lagi individu iaitu jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin masih tidak ketahui siapakah peguam yang mewakili mereka.

“Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.

“Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberikan jawapan kepada penyataan pembelaan,”

– Hafiz

Tambah Hafiz lagi, kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan kesemua penyataan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Mampu Milik Sekitar RM1,900

Masalah Kulit Kini Dapat Diatasi dengan Mengambil Produk CRYSTAL SKIN