in , ,

Disney+ Hotstar Bakal Siar Filem Komedi HOME SWEET HOME ALONE

Disney+ Hotstar mengumumkan filem terbaru 20th Century Studios, Home Sweet Home Alone, filem penggembaraan komedi terbaru dari francais kegemaran ramai, akan ditayangka pada 12 November 2021, eksklusif di perkhidmatan streaming Disney+ Hotstar.

Max Mercer adalah kanak-kanak lelaki yang nakal dan bijak, yang telah ditinggalkan keluarganya ketika mereka bercuti di Jepun. Jadi, apabila pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan puasaka tak ternilai harganya di rumah keluarga Mercer, terserah kepada Max untuk melindungi dirinya dari pengaruh … dan dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan mereka. Huru-hara komedi yang epik aka berlaku, tetapi di sebalik kekacauan, Max menyedari bahawa sebenarnya tiada tempat yang lebih indah seperti rumahnya. 

Disney+ Hotstar Melepaskan Komedi Huru-Hara Pada Musim Cuti Ini Dengan “Home Sweet Home Alone”

Filem ini dibintangi Ellie Kemper (“Unbreakable Kimmy Schmidt”), Rob Delaney (“Deadpool 2”), Archie Yates (“Jojo Rabbit”), Aisling Bea (“Living with Yourself”), Kenan Thompson (“Saturday Night Live”), Tim Simons (“Veep”), Pete Holmes (“The Secret Life of Pets 2”), Devin Ratray (“Home Alone”), Ally Maki (“Toy Story 4”), Chris Parnell (“Anchorman 2: The Legend Continues”) dan diarahkan oleh Dan Mazer (“Dirty Grandpa”).

Disney+ Hotstar Melepaskan Komedi Huru-Hara Pada Musim Cuti Ini Dengan “Home Sweet Home Alone”

Lakon layar ditulis oleh Mikey Day & Streeter Seidell (“Saturday Night Live”), berdasarkan cerita oleh Mikey Day & Streeter Seidell. Hutch Parker (“X-Men: Dark Phoenix”) dan Dan Wilson (“Patriots Day”) berkhidmat sebagai penerbit, bersama Jeremiah Samuels (“Stuber”) yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tiada Bodyguard, Tiada Gaji” Bekas Menteri Wilayah Kini Sukarelawan Prihatin

Google Pixel 5a 5G Dilancarkan, Harga Mampu Milik Sekitar RM1,900